nota iklan

Wednesday, 23 December 2015

Nota RUMI



Setiap penglihatan tentang keindahan akan lenyap. Setiap perkataan yang manis memudar. Namun, janganlah kau berputus asa, kerana ia semua lahir dari sumber yang sama, dari Keabadian.
Masuklah ke dalam Keabadian itu, maka kau akan melihat segala sesuatu tumbuh dan berkembang, memberi hidup baru dan kegembiraan baru bagimu.
Kerana CINTA segalanya menjadi ada. Dan hanya kerana CINTA pula, maka ketiadaan nampak sebagai keberadaan.
Jika kau masih mempunyai seratus keraguan mengenai TUHAN dan CINTA.
Nota ini pembuka rahsianya.
***
Jalaluddin Rumi (1207-1273) adalah penyair sufi paling agung yang memiliki kemasyhuran dalam khazanah sastera Islam. Namanya memang terkenal dan sinonim di hati manusia seantero dunia sehingga digelar sebagai “seorang humanis, ahli falsafah, dan penyair besar milik semua umat manusia.”

5 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...