Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Lepaskan 20 perkara ini sebelum tahun baru

Tahun 2016 akan mengucapkan selamat tinggal.
Setiap tahun begitulah lazimnya. Setelah menempuh segala ceritera hidup selama 365 hari, kita akan sekali lagi berkobar-kobar ingin mengucapkan selamat datang kepada tahun baru.
Sebuklah dengan segala perayaan dan rancangan di TV. Boleh dikatakan, semua peringkat umur cuba meraikan kedatangan tahun baru dengan cara tersendiri. Mungkin merayakan segala kejayaan yang telah dikecapi. Yang kurang bernasib baik mungkin mengharapkan agar ada sinar harapan bagi mereka di tahun baru.
Tahun baru begitu sinonim dengan azam baru. Apa kata tahun baru ini kita cuba fokus kepada sesuatu yang baik. Yang positif. Justeru itu, kita perlu tinggallkan segala negatif dan tidak baik. Jangan bawa ke tahun baru. Masa untuk Let Go!
Jom kita berazam untuk melepaskan 20 perkara ini sebelum tahun baru. Semoga dipermudahkan inshaAllah..
1. Lepaskan sikap cepat marah - kemarahan selalunya membuatkan kita rasa kecewa dan sering kali mendorong kita melakukan sesuatu yang akh…

Membentuk tabiat positif dengan bercerita

Bayangkan kita ingin menyemai satu tabiat/habit yang baru. Contohnya, bersenam. Kita mungkin akan memberitahu diri kita sesuatu seperti ini: "Ini akan menjadi sesuatu yang luar biasa dan hebat, saya akan cergas dan menjadi super sihat!"
Ini adalah kisah yang kita akan ceritakan pada diri sendiri. Ianya belum lagi menjadi nyata, tetapi ia mempunyai kekuatan yang luar biasa untuk mempengaruhi perasaan kita dan mendorong kita untuk mengubah tindakan. Cerita positif mengenai tabiat ini akan mendorong kita untuk mengambil tindakan.
Katakan pula senaman yang dilakukan itu tiba-tiba menjadi sesuatu yang benar-benar sukar, dan kita tidak menyukainya. Cerita kita mungkin berubah. "Saya tidak suka bersenam. Ianya benar-benar menyiksakan! "
Cerita kita tentang tabiat bersenam tersebut telah berubah! Kita melihatnya sebagai satu perkara yang kita benar-benar tidak suka. Mulai saat itu, pasti kita tidak lagi bersemangat untuk bersenam.

Ok, katakan pula kita terlepas rutin bersenam …

Salam Isnin

Perjalanan

Huk Huk...Tak tipu tau....

Minta maaf sebab announcement super duper lambat tapi hadiah dah lama sampai ke pemenang....by 8 November 2016 hadiah giveaway telah selamat sampai ke dua orang blogger bertuah.
Saya share kat sini entry-entry pemenang. Kalau tak percaya bolehlah contact mereka ya. Minta maaf tuan blog lama menghilang entah ke mana.


Kapal terbang tersesat...

Maafkan saya kerana lewat nak umumkan pemenang giveaway....ampun maaf ya semua. Banyak urusan yang mendesak untuk saya selesaikan kebelakangan ini.
Kapal terbang saya pulak tersesat....tersilap jalan.... Tersasar ke hati Mr.Pilot hehe.... Maklumlah tengah demam #lofattah


Pemenang telah dihubungi...insha Allah akan diumumkan tak lama lagi. Terima kasih semua.

Terima kasih!

Terima kasih kepada semua yang sudi join giveaway!

Pemenang akan diumumkan dalam masa terdekat ya :)

Giveaway Kedua Blog Nota dan Kopi

Salam di bulan Oktober! 
Tiba-tiba rasa nak buat giveaway yang kedua. 
Hadiahnya?  Macam biasa.  BUKU. 
Syaratnya mudah dan simple je.  1) like FB page Nota dan Kopi 2) sharekan satu entry FB page Nota dan Kopi di FB. Kalau ditambah dengan caption2 menarik,  insyaAllah ada peluang menang lebih.  3) sharekan di blog yang anda dah join giveaway ni (yang ni optional, kalau tak nak share pun takpe,  masih ada peluang menang.  Just bagitau di komen entry ni yang anda dah join). Ataupun jika yang tiada blog,  just mention di komen FB page Nota dan Kopi yang anda dah join giveaway ni. 

(Eh tadi saya kata simple tapi dah macam tak berapa simple huhu) 
Hadiahnya ialah sebuah buku (tapi giveaway yang lepas,  saya bagi sampai 4 buku tau, jadi adalah kemungkinan bertambah kot kan.  Biasanya saya akan bagi hadiah istimewa untuk caption2 menarik). 

Setakat itu sahaja. Simple je kan.  Giveaway ni akan berlangsung di antara 1 Oktober - 20 Oktober 2016.
Jemput ya. Harap ada yang sudi. Terima kasih. 

Rasa macam nak pengsan bila kena macam ni

Semalam banyak kali terkena macam ni. Nasib baik sebelum nak tido dah ok, kalau tak, tak lena tido agaknya hehe...

Mengatasi depresi dengan menulis

Menurut Laurie Nadel, seorang pakar psikoterapi yang dulunya adalah seorang wartawan politik, dia mengurangkan kebimbangan mencari dirinya sendiri  di dalam persekitaran yang tidak menentu dengan menulis; bukan sahaja untuk penerbitan, tetapi juga untuk dirinya. "Saya fikir jika saya boleh terus menulis, saya masih selamat”. Kemudian, melalui fasa di mana beliau didiagnos dengan penyakit, penceraian, dan beberapa siri peristiwa yang membuat kehidupan beliau kelihatan tidak tentu arah, Nadel sekali lagi menulis pemikiran dan kebimbangan beliau. Lima tahun selepas kejadian buruk ini berakhir, beliau membaca semula jurnalnya yang pernah ditulis sebelum ini. "Apabila membacanya semula, saya sedar bahawa saya telah melalui beberapa fasa kebimbangan" kata Nadel. "Jurnal ini menunjukkan kepada saya di mana saya telah bermula dan berapa banyak yang saya telah capai."
Rentetan daripada itu, Nadel, seorang penulis buku bertajuk Zen and the art of Windsurfing, kerap membe…

Nota hari ini

Malaysia Kehilangan

#hariMalaysia #pemergianseoranglagiulama #harijumaatyangmulia #alamturutberduka




Teori perjuangan

Mimpi + usaha = azam dan cita-cita.  Mimpi tapi tak sanggup berusaha; anggaplah sekadar mainan tidur atau ilusi siang hari.  Usaha tanpa istiqamah = hangat-hangat tahi ayam. 
Bermula proses persenyawaan manusia, Allah mengajar kita bahawa hidup ini adalah perjuangan. Dalam perjuangan, perlu sanggup berkorban. Istiqamah dengan usaha tidak kurang pentingnya.
Usaha kita akan menentukan titik akhir mimpi kita. Mungkin mampu mencapai mimpi atau hanya tinggal sebagai angan-angan. 
Seorang kawan pernah berkata, "Orang yang tak pernah mengharap, tak akan kecewa. " Ya,  memang betul. Cuma jika kita tak pernah berharap, takut nanti kita akan jadi manusia yang hilang daya. Patutlah Islam mengajar kita konsep tawakal dalam berusaha. 
Istiqamah dalam usaha dan tawakal dengan doa menjadi teori orang berjuang. Pengorbanan? Bukan sedikit.

Korban 9.9.2016

Dan burung-burung pun berkicau....

Sedang saya duduk menunggu di sini, seperti biasa kepala asyik memikirkan tentang kerja2 yang belum selesai... sekejap lagi kelas ni habis, balik nanti nak makan apa untuk malam... slides untuk audit hari isnin nanti perlu disemak,  tugasan2 yang perlu diselesaikan untuk minggu depan,  minggu yang agak mencabar dengan audit dan bengkel berjalan serentak. 
Dan tiba2 juga saya terdiam. Lantas tersentak sendiri. Berhenti berfikir tentang kerja2 yang tak mungkin akan habis. Tanggungjawab2 yang pastinya perlu dipenuhi sehingga detik akhir nafas ini terhenti. 
Berdialog dengan diri sendiri. Apa salahnya jika sedikit masa yang ada saya cuba hayati lukisan alam di hadapan saya ini.  Cuba alihkan fokus pada pohon2 menghijau...pada hujan yang baru saja turun tiba2 dengan agak lebat. Cuba dengarkan lagu2 hujan.. Cuba lihat daun2 yang bergerak...pastinya sedang memuji Pencipta. 
Cuba hayati hidup ini bukan pada materialnya semata2. Alihkan fokus pada alam. Pada kehidupan. Fokus pada ketenangan d…

Rindunya dengan blog ni....

Salam Jumaat

#Deep

#hlovatesays Buat awak yang mahu berubah.
Berubahlah, walaupun payah Berubahlah,  ke arah hidup lebih indah Hidup dan masa muda sekali cuma Sanggup nak sia-siakan tanpa redha-Nya?
May Allah bless
(Nota daripada buku tulisan Hlovate bertajuk Versus)

Cara orang sekarang

Cara orang sekarang.

Info boleh dapat sekelip mata.  Gosip sampai jadi viral.  Soal jawab tidak perlu ambil masa lama.  Mesyuarat selesai di hujung jari.  Arahan tidak perlu bazir kertas.  Emoticon boleh ganti memek muka.  Sambil kerja bersosial.  Sambil santai pun perlu kerja.  Semuanya meredah sempadan lokasi.  Merentas batas masa.
Itu cara sekarang. Masa hadapan mungkin lain pula caranya.

Ada masalah ke?

Ada masalah ke kalau kita tak buang sampah merata-rata?  Kita rugi ke? Kita tak boleh survive?  Kita boleh mati ke? 
Kalau awak jawab YA untuk semua soalan di atas,  saya faham kalau awak nak buang sampah merata-rata.  Kalau awak jawab TIDAK tapi buang sampah merata-rata,  maksudnya apa?  #mentalitijamban

Siapa yang hilang?

Tuan Blog ke Blog yang hilang ni?


Bagaikan sekelip mata

Begitu cepat rasanya Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Belum puas dan sempurna saya menyantuni kehadirannya, tiba-tiba seakan tidak sabar dia hendak pergi. Jika sisa-sisa waktu bersamanya ini dipersiakan, bimbang jika inilah peluang terakhir bertemunya. Mungkin lain kali bila dia hadir, saya tidak berkesempatan.
Kiranya kebimbangan ini hanya tinggal bimbang, lantas saya hanya diam dan menyerah kalah kepada tuntutan nafsu dan kesibukan dunia semata, jadilah saya manusia paling rugi yang hanya tahu tetapi belum betul-betul sedar. Peluang hebat tak akan datang selalu. Rebutlah.

Mencari Idea

"Be less curious about people and more curious about ideas" Marie Curie

UMUR

Umur cuma angka. Semakin banyak jawapan tentang hidup yang kita cuba cari, semakin banyak cerita yang kita lalui atau mungkin sekadar lihat dan dengar. Semoga ranjau hidup mematangkan kita, itupun jika kita mengambil ikhtibar.

Boleh ke Tak Boleh?

Sama ada kita rasa kita boleh ataupun kita tidak boleh. Sama ada kita rasa kita mampu ataupun tidak mampu. Sememangnya kita betul!
Kita sendiri rupanya yang menentukan sama ada kita boleh ataupun tidak.
Sama ada kita mampu ataupun tidak.
Tapi kenapa? Kerana rupanya halangan terbesar dan paling kompleks dalam menentukan keupayaan kita adalah minda kita sendiri. Fikiran dan pemikiran kita. Apa yang kita fikir dan rasa akan menentukan tindakan kita.

Rupanya rasa boleh menentukan kuasa!

Bila penulis buku datang melawat....

Walaupun cuma satu LIKE tapi seronok sangat bila penulis buku datang melawat.




Usaha

Belajar menghargai walaupun hanya sekecil-kecil usaha. Kejayaan ialah hasil usaha-usaha yang berterusan.

7 sebab mengapa kita suka bertangguh

Saya rasa semua orang tahu, jika kita ada keinginan ataupun ingin mencapai sesuatu matlamat dalam hidup, kita perlu bertindak. Malah kalau perut lapar tapi tak berusaha untuk makan, maka berlaparlah kita.
Makin cepat kita bertindak, makin cepat kita dapat apa yang kita nak. Tak gitu?
Tapi sedar atau tidak, kadang-kadang kita suka bertangguh. Orang lain mungkin tak pernah. Tapi saya pernah! Saya pernah bertangguh. Walaupun saya sedar ianya tidak membantu tetapi saya perlu ambil masa untuk bertangguh sebentar. Pelik tapi ianya berlaku. Sekurang-kurangnya untuk diri saya.
Dari segi psikologi rupanya ia mempunyai kaitan dengan bagaimana tanggungjawab seharian kita menyukarkan kita. Di tengah-tengah semua perkara yang penting yang kita tahu kita perlu lakukan, entah bagaimana kita meyakinkan diri kita bahawa tidak ada perkara yang perlu dilakukan sekarang. Dalam erti kata lain, kita telah buat keputusan bahawa sedikit rehat dan ketenangan adalah yang paling penting pada masa itu.  
Ambil sedik…

#notetoself

Elakkan 10 pemikiran tidak rasional ini

Kadang-kala kita berfikir dengan tidak rasional. Ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Mungkin kita pernah berfikir sebegini. Secara sedar ataupun luar sedar. 

1. Kesilapan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Jika saya membuat kesilapan, bermakna saya tidak cekap.
2. Apabila seseorang tidak bersetuju dengan saya, ia adalah satu serangan peribadi terhadap saya.
3. Untuk menjadi seorang yang bahagia, saya mesti disukai oleh semua orang.
4. Nilai sebenar saya sebagai seorang individu bergantung kepada apa yang orang lain fikir tentang saya.
5. Jika saya tiada teman baik, saya keseorangan.
6. Tiada pertengahan ataupun grey area. Kejayaan selalunya berkait dengan warna putih dan kegagalan adalah hitam.
7. Tiada apa yang benar-benar sama seperti apa yang kita inginkan.
8. Jika hasilnya tidak sempurna, ianya adalah kegagalan.
9. Jika sesuatu yang buruk berlaku dalam hidup saya, ia adalah kesilapan saya.
10. Masa lalu sentiasa berulang. Jalan keluar yang terdahulu pasti sama dengan jalan kel…

Terkenang semasa lalu

Di sebuah sekolah rendah kebangsaan di pinggir bandar, di selatan tanahair.

Kasut
Perhimpunan sekolah pada awal pagi.
Guru pengawas sekolah sedang memberi taklimat ringkas dan memeriksa pemakaian supaya mengikut peraturan sekolah.
Bila sampai giliran saya. "Cuba tengok kasut dia. Walaupun koyak tetapi bersih", kata guru pengawas.
Errkk...alamak, saya memang tak mampu beli kasut baru bila koyak, tapi saya akan pastikan kasut saya bersih dan sentiasa dikapur.
Kantin
Dah terbiasa makan habis sampai licin pinggan. Mak kata yang tinggal saki baki itulah rezeki, perlu dihabiskan sehingga licin.
Guru pelatih datang duduk di sebelah saya. "Awak lapar ya? Nah ambil duit ni beli makanan. Kenapa awak kurus sangat..." (Alamak cikgu, kalau cikgu tengok saya sekarang ni aduhaii..dah tak macam papan lapis. Besar macam gajah.
Lumba Lari
Cuti sakit hampir sebulan kerana chicken pox.
Naik cuti sakit, kena wakil sekolah untuk sukan peringkat zon. "Tapi cikgu saya rasa macam dah tak…

Lama atau baru?

Saya pilih yang lama sebab nampak lebih real. Nampak natural dan fresh gitu. Entah kenapa yang baru nampak fake pada pandangan saya hehe.

Pilihan

Hidup adalah tentang membuat pilihan. Lakukan sebaik mungkin untuk buat pilihan yang betul. Namun jangan lupa belajar daripada pilihan yang salah.

Kita akan OK

Kita sedang berjalan. Dalam perjalanan untuk berjumpa seseorang. Kita bimbang lewat. Kita bimbang apa yang orang itu akan fikirkan sekiranya kita terlewat. Dalam perjalanan tersebut, kita lalu di hadapan sekumpulan orang. Kita bimbang apakah agaknya yang mereka fikirkan tentang kita. Kita tak sedar. Rupanya kita juga sedang berfikir tentang mereka. Kita sedang buat apa yang kita bimbangkan.
Kita bimbang orang lain sedang membuat penilaian tentang kita. Rupanya kita juga sedang membuat penilaian tentang orang lain.
Kita selalu berfikir tentang segala kebimbangan dalam hidup. Setiap masa.
Kita selalu beri tumpuan pada kebimbangan.
Bimbang tentang tanggapan buruk ataupun kesan buruk yang mungkin berlaku. Walaupun sebenarnya keburukan itu hanyalah salah satu kemungkinan daripada beberapa kemungkinan lain yang lebih baik. Tanggapan buruk daripada orang lain, takkan mampu membawa keburukan dalam hidup kita.

Lambat-laun, kita akan OK. Semuanya akan berlalu.  Kita cuma perlu membina keyakina…

Memori

Semasa kita kecil-kecil dulu, kita ingat kita cuma bermain... Rupanya kita sedang membina memori.
Kadang-kala hidup seperti main buaian, perlu seimbang antara pegangan yang kuat dan cubaan untuk lepas bebas bergerak ke hadapan. Jika tiada keseimbangan keduanya, kita mungkin tak akan bergerak ke hadapan ataupun kita mungkin akan jatuh....

Sedih itu perlu

Kadang-kadang kita kerja macam bangla bak kata pepatah sekarang tapi orang ingat kita tiada kerja semata-mata sebab kita nampak OK.
Bila kita cuba jadi positive dan optimistik, biasanya orang tak perasan pun. Tetapi the moment kita berhenti mencuba, senang sangat orang melabel kita sebagai negatif dan tidak optimistik.
Kata kuncinya, tidak perlu label manusia. Manusia bukan barang yang perlu ada tag label (kecuali sesetengah kelompok manusia bermentaliti jamban yang perlu dilabel). Peringatan untuk diri saya sendiri.
Dalam movie Inside Out, Walaupun Joy cuba untuk buat Riley happy sentiasa tetapi rupanya Sadness juga ada nilainya tersendiri. Rupanya kadang-kala orang lain perlu tahu kita juga rasa sedih. Kita juga ada limit. Dan kita juga berhak memilih apa yang terbaik untuk diri kita.

BIBLIO.HOLISME

Alhamdulillah. Lega. Akhirnya buku ini sampai juga ke tangan saya. Setelah sekian lama menunggu kerana "sold out".

"Pencinta buku bukan sekadar membaca, tetapi 'lahap membaca' bahkan jauh lebih ekstrem sudah 'terhumban' ke dalam dunia 'ekstasi pembaca'. Dalam diri mereka terkumpul harmonis sifat rakus membaca,  tamak mengumpul buku, gila membeli buku, dan kesemua ini menempatkan mereka dalam sebuah dunia yang cukup mempesonakan yang dikenal sebagai BIBLIOHOLISME"
- Shaharom TM Sulaiman; Biblioholisme -

Jadilah Ultraman!

Ultraman tu masa biasa-biasa bukankah hanya manusia biasa seperti kita. Raksasa itu pulak besarnya berkali-kali ganda dari kita, dan tentu sekali lebih besar dari Ultraman dalam bentuk normal. Hebatnya raksasa itu hanya sebab besarnya. Kalau Ultraman terus-terus jadi sebesar manusia biasa, pasti dia tak boleh kalahkan raksasa. Lantas Ultraman pun berubah! Menjadi Ultraman! Menjadi sebesar raksasa. Mungkin lebih besar dari raksasa. Hinggalah akhir cerita, raksasa pasti kalah. Walaupun perlawanan nak menentang raksasa tu mungkin mudah sahaja atau sukar hingga hampir tewas.
Kita pula bagaimana? Bila pulak kita nak kena jadi Ultraman?
Bila masalah kita sebesar raksasa.  Fizikal kita tak mungkin berubah. Tetapi jiwa dan hati kita boleh! Jadikan jiwa kita besar sebesar Ultraman. Supaya kita mampu mendepani masalah yang sebesar raksasa!
InsyaAllah. Usaha dan kemudian jangan lupa tawakal kepada Yang Maha Esa.

Sharing is Caring

Nukilan cinta sebelum mata terlena: CUBALAH UNTUK SETIA Lepas solat,
Capai handphone.
Tersengih sendirian.
Penangan whatsApp barangkali.
Penangan Wechat barangkali.
Penangan Instagram barangkali.
Penangan Facebook barangkali..
Jari laju mengetuk skrin telefon.
Laju sampai terlupa adab dengan Allah lepas solat
Zikirnya tiada..
Alunan surat cinta dariNya tiada...
Apatah lagi, doa..
Kita ambil mudah. Tapi bila hati kita remuk,
Bila kita tersungkur,
Bila badan tidak bisa bangun
Bila tidak mampu hadapi suatu ujian.
Doa kita jadi khusyuk..
Zikir kita jadi khusyuk..
Alunan bacaan surat cintaNya dibiarkan menyusup di hati. Bila kita susah kita cari Allah.
Bila kita rasa senang sikit, mudahnya kita lupakanNya. Wahai hati, wahai diri
Cuba belajar untuk setia.
Setia bercinta denganNya tak kira susah atau senang. Semoga kita sentiasa bercinta dengan Pencipta Cinta. (Sumber: Bahagian Dakwah JAKIM)

Flash Sale!

Dapat e-mail pagi-pagi tadi, terkejut saya dibuatnya. Ingatkan dah terlepas, nasib baik masih ada peluang. Yelah, bayangkan...sebuah buku berharga seringgit je. Eh betul ke ni? Entahlah, rasa tak percaya pun ada. Apa-apa pun esok saya akan cuba, kalau berjaya nanti saya akan sharekan ya.
FLASH SALE! Cuba rujuk link di atas untuk maklumat lanjut. Tengoklah tajuk-tajuk yang di offer tu. Memang tajuk-tajuk baru tau. Silap-silap pukul 12 malam ni saya dah siap beli, insyaAllah kalau mata mampu bertahan hihi :p
Cerita pasal flash....
Siapa tengok cerita Supergirl? Suka tengok Flash dengan Supergirl tapi sayang sebab Flash ada dalam satu episod je.. mmmm...lagipun Supergirl falling for another man :(