nota iklan

Wednesday, 3 February 2016

Jangan baca kalau tidak mahu ketawa

Kadang-kadang dalam hidup ni, akan ada benda yang buat kita boleh gelak sorang-sorang dengan muka tak kisah orang nak kata apa. Tak semua benda mampu beri kita rasa begitu, tetapi memang ada sesetengah benda, lawaknya memang lain macam.
Contohnya, buku Mat Luthfi ni. Catatan MatLuthfi.
Buku ni memang santai, tetapi tidak kosong.
Lawak yang boleh buat kita ketawa berdekah-dekah, tetapi tidak bodoh (ataupun lucah, ataupun…).
Kalau korang suka baca diari orang, mungkin korang suka baca buku ni hehe....
Hiburan daripada MatLuthfi (terutama sekali lawak dia), adalah cukup-cukup rasa. Taklah filosofi sangat, sampai nak gelak pun kena fikir, “Eh, memang boleh gelak atau tak ni?” Kemudian lebih penting, memang kelakar. Mat tak buat kita murung sebab dengar orang gelak sakan, tapi berkerut dahi tak faham manalah yang lawak sangat tu.
Tapi MatLuthfi kata dia tak mahu kekal begitu. Dia nak berubah. Dia dah berubah dalam buku kedua. 
Momen2 MatLuthfi.
Apa yang boleh dikatakan adalah buku nombor dua ini memang lain daripada buku nombor satu. Boleh jadi ada orang kata, “Lain itu ‘best’” Mungkin jugak ada yang tak suka kelainan.
Lawak MatLuthfi mungkin dah berevolusi., tapi insya Allah kita masih akan dapat sesuatu....mesej yang nak disampaikan.
Dan jangan bimbang...tetap akan terhibur. Hanya kena buka mata. Juga kepala.

7 comments:

  1. wow! best nya.. macam best jer.. nanti nak beli lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... selalu layan utube die je.. da kuar buku sa skang... pandai cari peluang ni.. nk cari gak la... baca waktu free time... jom baca pasal kesihatan juga kat blog saya... ada share pasal masalah berat badan...>>>Tips untuk kurus secara semulajadi! <<<

      Delete
  2. rasa macam nak tulis buku jugak la.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak, bagus tu...saya akan jadi pembeli pertama nanti :)

      Delete
  3. btol.. biarla lawak tu berisi.. sampai bila nak disogok lawak2 bodoh yang kosong..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...