nota iklan

Monday, 25 April 2016

SIMPAN CHALLENGE

Perkongsian SIMPAN CHALLENGE ini ialah perkongsian dari kempen oleh Abang Abu  yang saya subscribe e-mailnya pada tahun 2009.
Dah lama betul tu! 7 tahun lepas.

Mugkin ramai juga yang telah subscribe kempen yang sama.
Azam hari ni nak clearkan inbox e-mail yang dah mencecah 3000++. Jadi terjumpa e-mail lama-lama.

Info yang dah lapuk kita delete je sepantas kilat. Info-info yang berguna ni rasa nak kongsi dengan semua. Itupun ada sebahagian yang mungkin saya dah terdelete. Sedih betul.

Jom menyimpan! Sikit-sikit lama mesti jadi bukit. Lagi-lagi sempena tahun 2016 yang rata-rata temanya adalah penjimatan.

Simpan Challenge Tip Bersama Abang Abu

TIP HARI #1 : Sediakan Tabung (Siap!)

Hari pertama AbangAbu mahu anda sediakan satu tabung kosong. Sediakan satu tabung kosong (container kosong). Jangan beli! sebaliknya gunakan yang mungkin sudah ada didalam rumah anda.

Mulai hari ini semua duit syiling yang anda bawa pulang kerumah hendaklah dimasukan kedalam tabung ini. Duit syiling yang anda jumpa di lantai, bilik atau dimana mana dalam kawasan rumah anda mesti dimasukkan kedalam tabung ini.

Duit yang masuk kedalam tabung ini tidak boleh dikeluarkan untuk apa apa tujuan sekalipun sehingga diberitahu kelak.
Contoh :
"Jika anda hanya masukan RM2 sehari maka itu sudah mencapai RM60 dalam masa 30 hari"

TIP HARI #2 : Minta Diskaun / Tawar 

Hari ini AbangAbu ingin kongsikan satu tip yang boleh membuatkan anda kurang senang.
Mulai hari ini anda harus minta diskaun dalam apa jua yang anda perlu bayar.Walaupun anda pasti tempat itu tidak akan memberi diskaun, tanya saja.

AbangAbu serta rakan rakan telah mengamalkan tip ini dan telah berjaya mendapat diskaun yang tidak disangkakan. Pernah dapat diskaun di KFC hampir 20% ( RM6), tambang taxi (extra fare diberi diskaun RM7.20), di pelbagai pasar raya juga.

AbangAbu mahu ini menjadi satu sifat anda , dan dengan amalan ini anda akan terkejut jumlah diskaun yang akan anda perolehi dalam masa 30 hari. Lebih lebih lagi di musim perayaan. INGAT dimana jua MINTA DISKAUN.

Semua diskaun yang anda perolehi juga harus dimasukan dalam tabung yang telah anda sediakan.
Contoh:
Dengan amalam meminta diskaun anda boleh menjimatkan dan menabung diantara
RM20 - RM200 sebulan mengikut pendapatan serta perbelanjaan anda.

(Errkk...seganlah..belum berjaya buat yang ni)

TIP HARI #3 : Pelan Belanja Dapur Keluarga

Matlamat tip hari ini untuk anda berjimat diantara RM80 – RM200 dengan melakukan sedikit perubahan dalam cara anda berbelanja. 

Buat Pelan Belanja - Kunci utama paling penting untuk menbolehkan anda berjimat adalah membuat pelan sebelum berbelanja di pasar atau pasaraya. Luangkan sedikit masa juga pelan masakan untuk minggu tersebut boleh menjimatkan sehingga 30%. Hanya beli apa yang di tuliskan. Pastikan berapa hanya untuk barang dapur sahaja. Makanan sahaja. Buat aktiviti ini bersama keluarga. (Kadang2 terbabas jugak. Salah satu cara yg berkesan, hadkan duit yang ada dalam purse...mmg akan beringat sebab takut masa nak bayar nanti tak cukup duit hihi)

Makan dahulu sebelum berbelanja. Ini mungkin sesuatu yang aneh , tetapi benar. Inilah salah satu punca kenapa ramai yang berbelanja lebih dari hari biasa di bulan puasa. Perut yang lapar akan mengakibatkan perbelanjaan lebih 20%. Bukan AbangAbu cakap tapi kajian. Jadi, selepas ini pastikan anda tidak akan berbelanja barang dapur dengan perut yang kosong. Di bulan puasa anda boleh berbelanja tetapi ingat sebelum anda bayar apa apa yang andabeli itu tidaklah berlebihan.

JANGAN berbelanja di kiosk kiosk serbaguna 24jam. Kebiasaan membeli di kedai sebegini adalah kurang bijak kerana biasanya anda akan membayar 30% – 50% lebih dari pasaraya. AbangAbu selalu lihat ramai membeli air minuman selalunya tetapi tanpa sedari akan beli juga jajan(makanan ringan). Bawa botol air dari rumah adalah terbaik. Jika tiada jalan lain hanya beli satu barang sahaja.

Gerai Ubat – ( Watson dan lain lain). 
Barangan seperti sabun, shampoo, ubat gigi serta barangan keperluan harian yang bukan makanan adalah baik jika dibeli di kedai seperti ini. AbangAbu dah pastikan harga untuk barangan seperti ini adalah lebih murah 15 -30% dari pasaraya biasa.

Pasaraya
Dalam berbelanja barang dapur , dapatkan barangan dengan harga yang murah, contohnya dapatkan barangan storebrand ( jenama pasaraya) yang biasanya lebih murah, serta qualiti yang sama sahaja. Juga gunakan kupon – kupon yang anda boleh dapati dari akhbar , mahupun di pasaraya itu sendiri , tetapi perlu berhati hati , hanya beli apa yang anda perlu sahaja. Luangkan sedikit masa untuk mencari kupon yang boleh membantu menjimatkan perbelanjaan anda dari akhbar seperti seperti NST sebelum berbelanja.

Jangan Bawa anak anak kecil. Ini adalah sesuatu yang memang sukar bagi setengah orang macam Abang Abu buat dulu, selalu belanja lebih RM10 – RM20 sekali pergi dengan anak anak. Bila saya amalkan berbelanja barangan dapur tanpa anak anak saya berjaya menjimatkan hampir RM150 sebulan. Melakukan ini sahaja boleh membantu anda berjimat diantara RM30 – RM200 sebulan. Bukan AbangAbu tak kasi beli apa apa tapi kalau bawak anak-anak akan pasti belanja lebih.

AbangAbu pasti tip hari ini akan membantu anda berjimat dalam berbelanja dapur. INGAT – duit yang berjaya dijimatkan harus dimasukan dalam tabung Simpan Challenge anda.

TIP HARI #4 : Mulakan Buku Nota Belanja (Dah buat tapi tak istiqamah nak update...aduhaiii)

Tip hari ini adalah penting tetapi amat mudah sekali untuk anda semua lakukan.

Mulakan satu buku nota (bersaiz kecil /pocket size) , kalau dulu orang panggil buku 555.

Mulai hari ini anda perlu mencatitkan semua perbelanjaan yang anda lakukan sekecil mana sekalipun. Anda perlu tulis tarikh , jumlah yang dibelanjakan dan untuk apa. Buku nota ini perlu dibawa bersama sama anda kemana sahaja anda pergi. Macam I/C.

Contoh:
04/09/2009 RM4.70 Mee Hoon Goreng
04/09/2009 RM12.40 Tambang Taxi
04/09/2009 RM10.00 Top - Up

Abang Abu syorkan kalau boleh semua anggota keluarga mempunyai buku nota kecil masing masing. Ini penting kerana biasanya anda mudah lupa sesudah membayar sesuatu.

Dengan mengamalkan tip ini , ramai yang mengikuti kelas -kelas AbangAbu telah mendapati bahawa mereka mula berbelanja apa yang perlu sahaja. Ada pula tidak berbelanja benda yang tidak penting kerana malas untuk menulis di buku nota. Apa sekalipun alasan anda apa yang penting anda berjaya mengawal perbelanjaan anda.

Abang Abu ingin anda mengamalkan tip ini kerana ada perkara yang akan Abang Abu suruh anda lakukan di tip tip akan datang. Jadi mulakan dari hari ini.
Anda juga boleh adakan buku nota utama dirumah ,dimana setiap hari semua anggota keluarga yang berbelanja pada hari tersebut akan mengemaskini (update) di nota utama seperti mana contoh diatas.

Buku Kompas Wang telah diterbitkan untuk tujuan ini. Keep Track of your spending.
Dengan mengamalkan tip ini anda boleh berjimat diantara RM20 - RM300 sebulan mengikut pendapatan serta perbelanjaan anda.


TIP HARI #5 : Batalkan Niat Membeli barangan ansuran bulan ini (Tobat memang tak buat dah sejak terkena dgn court mammoths!)

Membeli barangan barangan keperluan dalam bentuk ansuran adalah satu kesilapan yang besar dikalangan masyarakat kita. Hari ini adalah satu cubaan besar untuk ramai peserta, kerana dengan musim perayaan ramai tidak mahu ketinggalan dalam memperbaharui perkakas serta barangan lama.

1) Hari ini AbangAbu mahukan anda batalkan semua barangan yang anda cadang untuk membelinya dalam bentuk ansuran bulanan.

2) Anda hanya boleh membeli barangan tersebut jika anda mempunyai wang tunai yang di peruntukan untuk barangan tadi. ( mulakan menabung sebahagian wang anda untuk membelinya dengan tunai)

3) Barang Barang seperti TV, Peti Ais, Audio, Perabut , Home Movie System atau apa apa jua barangan sama sekali pun termasuk carpet, baju exclusive dan sebagainya. Tidak boleh anda membeli jika tidak mempunyai wang tunai yang telah anda kumpulkan untuk membeli benda benda tersebut.

4) Walaupun anda mempunyai wang tambahan , jangan membeli dalam bentuk ansuran. Kerana anda akan membayar lebih 30% hingga 300% kali lebih dari harga belian anda.
Contoh : Harga Barang RM600 , bayar RM39 sebulan X 48bulan = RM 1881
( bayar lebih RM1200)

5) Gunakan perkakas dan barang barang yang sudah ada dan masih boleh digunakan. Hanya beli jika anda betul betul perlu menukarkan dengan wang yang telah anda kumpulkan untuk barang tersebut.

INGAT ! Anda tidak boleh gunakan wang tabung SIMPAN Challenge. Sebaliknya jika anda ingin membeli barangan tersebut mula masukan duit ansuran yang mungkin anda perlu bayar jika anda membelinya sekarang ke tabung Simpan Challenge dan tuliskan di satu nota sebagai ingatan anda.
TIP ini membawa kembali pada satu ketika dulu AbangAbu juga pernah melakukan kesilapan ini yang menyebabkan AbangAbu terkandas dalam kancah tikus dimana bayar macamana sekali pun masih bertimbun dengan hutang ansuran. Dan masa itu AbangAbu sedar akan bahaya pembelian ansuran lebih lebih lagi yang tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi.

Jadi , Batalkan Niat anda untuk membeli secara ansuran.
Dengan tip hari ini anda boleh menjimatkan diantara RM20 - RM 300 sebulan.

Sampai di sini dulu. Saya akan kongsikan lagi tips2 seterusnya dalam entry yang akan datang.

4 comments:

  1. Perlu istiqamah dan keazaman yang tinggi nih!
    Lagi satu kena sorok dari anak-anak tempat simpan syilling tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...betul tu dear...klu zaman dulu seposen dan boleh beli aiskrim Malaysia hehe

      Delete
  2. Tips #1,3 dan 4 tu memang saya amalkan tapi kena istiqomahlah. Kalau tidak, buat apa pun tak menjadi, Linda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sgt tu MD...keje tak istiqamah mmg hangat2 tahi ayam kannn

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...