Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Bila penulis buku datang melawat....

Walaupun cuma satu LIKE tapi seronok sangat bila penulis buku datang melawat.




Usaha

Belajar menghargai walaupun hanya sekecil-kecil usaha. Kejayaan ialah hasil usaha-usaha yang berterusan.

7 sebab mengapa kita suka bertangguh

Saya rasa semua orang tahu, jika kita ada keinginan ataupun ingin mencapai sesuatu matlamat dalam hidup, kita perlu bertindak. Malah kalau perut lapar tapi tak berusaha untuk makan, maka berlaparlah kita.
Makin cepat kita bertindak, makin cepat kita dapat apa yang kita nak. Tak gitu?
Tapi sedar atau tidak, kadang-kadang kita suka bertangguh. Orang lain mungkin tak pernah. Tapi saya pernah! Saya pernah bertangguh. Walaupun saya sedar ianya tidak membantu tetapi saya perlu ambil masa untuk bertangguh sebentar. Pelik tapi ianya berlaku. Sekurang-kurangnya untuk diri saya.
Dari segi psikologi rupanya ia mempunyai kaitan dengan bagaimana tanggungjawab seharian kita menyukarkan kita. Di tengah-tengah semua perkara yang penting yang kita tahu kita perlu lakukan, entah bagaimana kita meyakinkan diri kita bahawa tidak ada perkara yang perlu dilakukan sekarang. Dalam erti kata lain, kita telah buat keputusan bahawa sedikit rehat dan ketenangan adalah yang paling penting pada masa itu.  
Ambil sedik…

#notetoself

Elakkan 10 pemikiran tidak rasional ini

Kadang-kala kita berfikir dengan tidak rasional. Ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Mungkin kita pernah berfikir sebegini. Secara sedar ataupun luar sedar. 

1. Kesilapan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Jika saya membuat kesilapan, bermakna saya tidak cekap.
2. Apabila seseorang tidak bersetuju dengan saya, ia adalah satu serangan peribadi terhadap saya.
3. Untuk menjadi seorang yang bahagia, saya mesti disukai oleh semua orang.
4. Nilai sebenar saya sebagai seorang individu bergantung kepada apa yang orang lain fikir tentang saya.
5. Jika saya tiada teman baik, saya keseorangan.
6. Tiada pertengahan ataupun grey area. Kejayaan selalunya berkait dengan warna putih dan kegagalan adalah hitam.
7. Tiada apa yang benar-benar sama seperti apa yang kita inginkan.
8. Jika hasilnya tidak sempurna, ianya adalah kegagalan.
9. Jika sesuatu yang buruk berlaku dalam hidup saya, ia adalah kesilapan saya.
10. Masa lalu sentiasa berulang. Jalan keluar yang terdahulu pasti sama dengan jalan kel…

Terkenang semasa lalu

Di sebuah sekolah rendah kebangsaan di pinggir bandar, di selatan tanahair.

Kasut
Perhimpunan sekolah pada awal pagi.
Guru pengawas sekolah sedang memberi taklimat ringkas dan memeriksa pemakaian supaya mengikut peraturan sekolah.
Bila sampai giliran saya. "Cuba tengok kasut dia. Walaupun koyak tetapi bersih", kata guru pengawas.
Errkk...alamak, saya memang tak mampu beli kasut baru bila koyak, tapi saya akan pastikan kasut saya bersih dan sentiasa dikapur.
Kantin
Dah terbiasa makan habis sampai licin pinggan. Mak kata yang tinggal saki baki itulah rezeki, perlu dihabiskan sehingga licin.
Guru pelatih datang duduk di sebelah saya. "Awak lapar ya? Nah ambil duit ni beli makanan. Kenapa awak kurus sangat..." (Alamak cikgu, kalau cikgu tengok saya sekarang ni aduhaii..dah tak macam papan lapis. Besar macam gajah.
Lumba Lari
Cuti sakit hampir sebulan kerana chicken pox.
Naik cuti sakit, kena wakil sekolah untuk sukan peringkat zon. "Tapi cikgu saya rasa macam dah tak…

Lama atau baru?

Saya pilih yang lama sebab nampak lebih real. Nampak natural dan fresh gitu. Entah kenapa yang baru nampak fake pada pandangan saya hehe.

Pilihan

Hidup adalah tentang membuat pilihan. Lakukan sebaik mungkin untuk buat pilihan yang betul. Namun jangan lupa belajar daripada pilihan yang salah.

Kita akan OK

Kita sedang berjalan. Dalam perjalanan untuk berjumpa seseorang. Kita bimbang lewat. Kita bimbang apa yang orang itu akan fikirkan sekiranya kita terlewat. Dalam perjalanan tersebut, kita lalu di hadapan sekumpulan orang. Kita bimbang apakah agaknya yang mereka fikirkan tentang kita. Kita tak sedar. Rupanya kita juga sedang berfikir tentang mereka. Kita sedang buat apa yang kita bimbangkan.
Kita bimbang orang lain sedang membuat penilaian tentang kita. Rupanya kita juga sedang membuat penilaian tentang orang lain.
Kita selalu berfikir tentang segala kebimbangan dalam hidup. Setiap masa.
Kita selalu beri tumpuan pada kebimbangan.
Bimbang tentang tanggapan buruk ataupun kesan buruk yang mungkin berlaku. Walaupun sebenarnya keburukan itu hanyalah salah satu kemungkinan daripada beberapa kemungkinan lain yang lebih baik. Tanggapan buruk daripada orang lain, takkan mampu membawa keburukan dalam hidup kita.

Lambat-laun, kita akan OK. Semuanya akan berlalu.  Kita cuma perlu membina keyakina…

Memori

Semasa kita kecil-kecil dulu, kita ingat kita cuma bermain... Rupanya kita sedang membina memori.
Kadang-kala hidup seperti main buaian, perlu seimbang antara pegangan yang kuat dan cubaan untuk lepas bebas bergerak ke hadapan. Jika tiada keseimbangan keduanya, kita mungkin tak akan bergerak ke hadapan ataupun kita mungkin akan jatuh....

Sedih itu perlu

Kadang-kadang kita kerja macam bangla bak kata pepatah sekarang tapi orang ingat kita tiada kerja semata-mata sebab kita nampak OK.
Bila kita cuba jadi positive dan optimistik, biasanya orang tak perasan pun. Tetapi the moment kita berhenti mencuba, senang sangat orang melabel kita sebagai negatif dan tidak optimistik.
Kata kuncinya, tidak perlu label manusia. Manusia bukan barang yang perlu ada tag label (kecuali sesetengah kelompok manusia bermentaliti jamban yang perlu dilabel). Peringatan untuk diri saya sendiri.
Dalam movie Inside Out, Walaupun Joy cuba untuk buat Riley happy sentiasa tetapi rupanya Sadness juga ada nilainya tersendiri. Rupanya kadang-kala orang lain perlu tahu kita juga rasa sedih. Kita juga ada limit. Dan kita juga berhak memilih apa yang terbaik untuk diri kita.

BIBLIO.HOLISME

Alhamdulillah. Lega. Akhirnya buku ini sampai juga ke tangan saya. Setelah sekian lama menunggu kerana "sold out".

"Pencinta buku bukan sekadar membaca, tetapi 'lahap membaca' bahkan jauh lebih ekstrem sudah 'terhumban' ke dalam dunia 'ekstasi pembaca'. Dalam diri mereka terkumpul harmonis sifat rakus membaca,  tamak mengumpul buku, gila membeli buku, dan kesemua ini menempatkan mereka dalam sebuah dunia yang cukup mempesonakan yang dikenal sebagai BIBLIOHOLISME"
- Shaharom TM Sulaiman; Biblioholisme -

Jadilah Ultraman!

Ultraman tu masa biasa-biasa bukankah hanya manusia biasa seperti kita. Raksasa itu pulak besarnya berkali-kali ganda dari kita, dan tentu sekali lebih besar dari Ultraman dalam bentuk normal. Hebatnya raksasa itu hanya sebab besarnya. Kalau Ultraman terus-terus jadi sebesar manusia biasa, pasti dia tak boleh kalahkan raksasa. Lantas Ultraman pun berubah! Menjadi Ultraman! Menjadi sebesar raksasa. Mungkin lebih besar dari raksasa. Hinggalah akhir cerita, raksasa pasti kalah. Walaupun perlawanan nak menentang raksasa tu mungkin mudah sahaja atau sukar hingga hampir tewas.
Kita pula bagaimana? Bila pulak kita nak kena jadi Ultraman?
Bila masalah kita sebesar raksasa.  Fizikal kita tak mungkin berubah. Tetapi jiwa dan hati kita boleh! Jadikan jiwa kita besar sebesar Ultraman. Supaya kita mampu mendepani masalah yang sebesar raksasa!
InsyaAllah. Usaha dan kemudian jangan lupa tawakal kepada Yang Maha Esa.

Sharing is Caring

Nukilan cinta sebelum mata terlena: CUBALAH UNTUK SETIA Lepas solat,
Capai handphone.
Tersengih sendirian.
Penangan whatsApp barangkali.
Penangan Wechat barangkali.
Penangan Instagram barangkali.
Penangan Facebook barangkali..
Jari laju mengetuk skrin telefon.
Laju sampai terlupa adab dengan Allah lepas solat
Zikirnya tiada..
Alunan surat cinta dariNya tiada...
Apatah lagi, doa..
Kita ambil mudah. Tapi bila hati kita remuk,
Bila kita tersungkur,
Bila badan tidak bisa bangun
Bila tidak mampu hadapi suatu ujian.
Doa kita jadi khusyuk..
Zikir kita jadi khusyuk..
Alunan bacaan surat cintaNya dibiarkan menyusup di hati. Bila kita susah kita cari Allah.
Bila kita rasa senang sikit, mudahnya kita lupakanNya. Wahai hati, wahai diri
Cuba belajar untuk setia.
Setia bercinta denganNya tak kira susah atau senang. Semoga kita sentiasa bercinta dengan Pencipta Cinta. (Sumber: Bahagian Dakwah JAKIM)