Jadilah Ultraman!

Ultraman tu masa biasa-biasa bukankah hanya manusia biasa seperti kita.
Raksasa itu pulak besarnya berkali-kali ganda dari kita, dan tentu sekali lebih besar dari Ultraman dalam bentuk normal.
Hebatnya raksasa itu hanya sebab besarnya.
Kalau Ultraman terus-terus jadi sebesar manusia biasa, pasti dia tak boleh kalahkan raksasa.
Lantas Ultraman pun berubah! Menjadi Ultraman!
Menjadi sebesar raksasa. Mungkin lebih besar dari raksasa.
Hinggalah akhir cerita, raksasa pasti kalah. Walaupun perlawanan nak menentang raksasa tu mungkin mudah sahaja atau sukar hingga hampir tewas.

Credit to Google
Kita pula bagaimana? Bila pulak kita nak kena jadi Ultraman?

Bila masalah kita sebesar raksasa. 
Fizikal kita tak mungkin berubah. Tetapi jiwa dan hati kita boleh!
Jadikan jiwa kita besar sebesar Ultraman. Supaya kita mampu mendepani masalah yang sebesar raksasa!

InsyaAllah. Usaha dan kemudian jangan lupa tawakal kepada Yang Maha Esa.

Comments

Popular Posts