nota iklan

Saturday, 7 May 2016

Sedih itu perlu

Kadang-kadang kita kerja macam bangla bak kata pepatah sekarang tapi orang ingat kita tiada kerja semata-mata sebab kita nampak OK.

Bila kita cuba jadi positive dan optimistik, biasanya orang tak perasan pun. Tetapi the moment kita berhenti mencuba, senang sangat orang melabel kita sebagai negatif dan tidak optimistik.

Kata kuncinya, tidak perlu label manusia. Manusia bukan barang yang perlu ada tag label (kecuali sesetengah kelompok manusia bermentaliti jamban yang perlu dilabel). Peringatan untuk diri saya sendiri.

Dalam movie Inside Out, Walaupun Joy cuba untuk buat Riley happy sentiasa tetapi rupanya Sadness juga ada nilainya tersendiri. Rupanya kadang-kala orang lain perlu tahu kita juga rasa sedih.
Kita juga ada limit. Dan kita juga berhak memilih apa yang terbaik untuk diri kita.

2 comments:

  1. Ada yang tak suka kelihatan sedih. Nak nampak gembira selalu tapi dalam hati, takda siapa yang tahu. Adat bekerja memang macam tu. Adakala kita bekerja lagi kuat dari Bangla tapi orang tak nampak. Bila kita 'rileks' sekejap, mulalah orang mengata yang bukan-bukan. Adat manusia memang tak pernah lekang dari cari alasan dan mengata kot ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan MD...manusia mmg suka bersangka-sangka...ingatan utk diri saya sendiri juga :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...