Terkenang semasa lalu

Di sebuah sekolah rendah kebangsaan di pinggir bandar, di selatan tanahair.

Kasut

Perhimpunan sekolah pada awal pagi.

Guru pengawas sekolah sedang memberi taklimat ringkas dan memeriksa pemakaian supaya mengikut peraturan sekolah.

Bila sampai giliran saya. "Cuba tengok kasut dia. Walaupun koyak tetapi bersih", kata guru pengawas.

Errkk...alamak, saya memang tak mampu beli kasut baru bila koyak, tapi saya akan pastikan kasut saya bersih dan sentiasa dikapur.

Kantin

Dah terbiasa makan habis sampai licin pinggan. Mak kata yang tinggal saki baki itulah rezeki, perlu dihabiskan sehingga licin.

Guru pelatih datang duduk di sebelah saya. "Awak lapar ya? Nah ambil duit ni beli makanan. Kenapa awak kurus sangat..." (Alamak cikgu, kalau cikgu tengok saya sekarang ni aduhaii..dah tak macam papan lapis. Besar macam gajah.

Lumba Lari

Cuti sakit hampir sebulan kerana chicken pox.

Naik cuti sakit, kena wakil sekolah untuk sukan peringkat zon. "Tapi cikgu saya rasa macam dah takde stamina." "Takpe, saya nak awak jugak wakil, cuba terbaik yang awak mampu." "Baik cikgu"

Hari Report Card

"Cikgu, saya nak ambik report card sendiri. Mak saya kerja tak dapat cuti."
"Mmm...awak ni, nasib dapat markah elok. Penyampaian hadiah mak datang tak?"

Hujan

"Cikgu, saya kena jemur stokin saya dalam kelas sebab hujan lebat sampai air masuk dalam kasut saya." Cikgu buat muka pasrah tengok saya jemur stokin kat belakang kerusi saya.


Banyak betul rasanya kenangan zaman sekolah. Ada yang best, yang tak best, yang sempoi, yang menakutkan pun ada. Bila terkenangkan zaman sekolah, memang rindu.

Terima kasih cikgu kerana bukan sekadar mengajar kami jadi tahu, jadi faham, jadi kenal..tetapi juga mengajar jadi manusia. Secara tak langsung mendidik kami erti hidup.

Terima kasih cikgu! Jasamu sentiasa dikenang selagi hayat dikandung badan.

Comments

  1. Moment yg tak mungkin terjadi lagi
    Dan yg pasti kita tahu anak kita tak rasa apa yg kita rasai dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu KakZakie....anak2 zaman sekarang, susah sikit mulalah tiada semangat kononnya...kurang survival skills

      Delete
  2. banyak benda yg kita rasa susah sgt telah kita lalui hr ni..
    berbanggalah.

    terima kasih juga cikgu2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...jika tak rasa susahnya, mana mungkin kita rasa nikmat hasilnya :)

      Delete
  3. kenangan zaman sekolah memang mengusik jiwa bila dikenangkan kembali. yang pasti ianya tidak akan terjadi lagi kan.. ☺️☺️

    Kulit cantik berseri dalam 5 hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Lia, takde apa yg boleh gantikan kenangan zaman sekolah kan :)

      Delete
  4. Kenangan menggamit memori ni.. Hehehe. Bila da besar da kerja, terasa seronok nya sekolah dlu.. tak de masalah, tak de komitmen...

    Terima kasih buat para guru yang mendidik kita.. jasa n pengorbanan diorg akan di kenang hingga akhir hayat. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Aina. Masa sekolah dulu ada sorang auntie ni bgtau, zaman sekolah lah plg best tapi masa tu x berapa nak percaya. Bila dah tua2 ni kena capai segala KPI kerja, rasa nak balilk zaman sekolah!

      Delete

Post a Comment

Popular Posts