Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

Bagaikan sekelip mata

Begitu cepat rasanya Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Belum puas dan sempurna saya menyantuni kehadirannya, tiba-tiba seakan tidak sabar dia hendak pergi. Jika sisa-sisa waktu bersamanya ini dipersiakan, bimbang jika inilah peluang terakhir bertemunya. Mungkin lain kali bila dia hadir, saya tidak berkesempatan.
Kiranya kebimbangan ini hanya tinggal bimbang, lantas saya hanya diam dan menyerah kalah kepada tuntutan nafsu dan kesibukan dunia semata, jadilah saya manusia paling rugi yang hanya tahu tetapi belum betul-betul sedar. Peluang hebat tak akan datang selalu. Rebutlah.

Mencari Idea

"Be less curious about people and more curious about ideas" Marie Curie

UMUR

Umur cuma angka. Semakin banyak jawapan tentang hidup yang kita cuba cari, semakin banyak cerita yang kita lalui atau mungkin sekadar lihat dan dengar. Semoga ranjau hidup mematangkan kita, itupun jika kita mengambil ikhtibar.

Boleh ke Tak Boleh?

Sama ada kita rasa kita boleh ataupun kita tidak boleh. Sama ada kita rasa kita mampu ataupun tidak mampu. Sememangnya kita betul!
Kita sendiri rupanya yang menentukan sama ada kita boleh ataupun tidak.
Sama ada kita mampu ataupun tidak.
Tapi kenapa? Kerana rupanya halangan terbesar dan paling kompleks dalam menentukan keupayaan kita adalah minda kita sendiri. Fikiran dan pemikiran kita. Apa yang kita fikir dan rasa akan menentukan tindakan kita.

Rupanya rasa boleh menentukan kuasa!