Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016

#Deep

#hlovatesays Buat awak yang mahu berubah.
Berubahlah, walaupun payah Berubahlah,  ke arah hidup lebih indah Hidup dan masa muda sekali cuma Sanggup nak sia-siakan tanpa redha-Nya?
May Allah bless
(Nota daripada buku tulisan Hlovate bertajuk Versus)

Cara orang sekarang

Cara orang sekarang.

Info boleh dapat sekelip mata.  Gosip sampai jadi viral.  Soal jawab tidak perlu ambil masa lama.  Mesyuarat selesai di hujung jari.  Arahan tidak perlu bazir kertas.  Emoticon boleh ganti memek muka.  Sambil kerja bersosial.  Sambil santai pun perlu kerja.  Semuanya meredah sempadan lokasi.  Merentas batas masa.
Itu cara sekarang. Masa hadapan mungkin lain pula caranya.

Ada masalah ke?

Ada masalah ke kalau kita tak buang sampah merata-rata?  Kita rugi ke? Kita tak boleh survive?  Kita boleh mati ke? 
Kalau awak jawab YA untuk semua soalan di atas,  saya faham kalau awak nak buang sampah merata-rata.  Kalau awak jawab TIDAK tapi buang sampah merata-rata,  maksudnya apa?  #mentalitijamban

Siapa yang hilang?

Tuan Blog ke Blog yang hilang ni?