Teori perjuangan

Credit to behappy.me

Mimpi + usaha = azam dan cita-cita. 
Mimpi tapi tak sanggup berusaha; anggaplah sekadar mainan tidur atau ilusi siang hari. 
Usaha tanpa istiqamah = hangat-hangat tahi ayam. 

Bermula proses persenyawaan manusia, Allah mengajar kita bahawa hidup ini adalah perjuangan. Dalam perjuangan, perlu sanggup berkorban. Istiqamah dengan usaha tidak kurang pentingnya.

Usaha kita akan menentukan titik akhir mimpi kita. Mungkin mampu mencapai mimpi atau hanya tinggal sebagai angan-angan. 

Seorang kawan pernah berkata, "Orang yang tak pernah mengharap, tak akan kecewa. " Ya,  memang betul. Cuma jika kita tak pernah berharap, takut nanti kita akan jadi manusia yang hilang daya. Patutlah Islam mengajar kita konsep tawakal dalam berusaha. 

Istiqamah dalam usaha dan tawakal dengan doa menjadi teori orang berjuang. Pengorbanan? Bukan sedikit.

Comments

Post a Comment

Popular Posts