Skip to main content

Lepaskan 20 perkara ini sebelum tahun baru

Tahun 2016 akan mengucapkan selamat tinggal.

Setiap tahun begitulah lazimnya. Setelah menempuh segala ceritera hidup selama 365 hari, kita akan sekali lagi berkobar-kobar ingin mengucapkan selamat datang kepada tahun baru.

Sebuklah dengan segala perayaan dan rancangan di TV. Boleh dikatakan, semua peringkat umur cuba meraikan kedatangan tahun baru dengan cara tersendiri. Mungkin merayakan segala kejayaan yang telah dikecapi. Yang kurang bernasib baik mungkin mengharapkan agar ada sinar harapan bagi mereka di tahun baru.

Tahun baru begitu sinonim dengan azam baru.
Apa kata tahun baru ini kita cuba fokus kepada sesuatu yang baik. Yang positif. Justeru itu, kita perlu tinggallkan segala negatif dan tidak baik. Jangan bawa ke tahun baru. Masa untuk Let Go!

Jom kita berazam untuk melepaskan 20 perkara ini sebelum tahun baru. Semoga dipermudahkan inshaAllah..

1. Lepaskan sikap cepat marah - kemarahan selalunya membuatkan kita rasa kecewa dan sering kali mendorong kita melakukan sesuatu yang akhirnya membuatkan kita rasa menyesal.

2. Lepaskan dendam yang tersimpan - Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan memikirkan tentang kesilapan orang lain. Belajar memaafkan dan beri peluang kepada orang lain memperbaiki kesilapan mereka. Kita juga tak akan mampu menjadi manusia sempurna. Bina cerita baru yang lebih manis.

3. Lepaskan pemikiran bahawa orang lain lebih bagus daripada kita – secara perumpamaannya, jika rumput kelihatan lebih hijau di sebelah sana, berhenti membandingkan. Berhenti merenung kisah orang lain. Berhenti merungut. Rumput kita sendiri tak akan hidup subur sekiranya kita tak mula menyiram.

4. Lepaskan kepercayaan yang silap – kawal apa yang kita boleh percaya dan apa yang kita tidak boleh percaya. Gunakan fakta dan kebijaksanaan dalam membuat penilaian.

5. Lepaskan cita-cita yang telah tamat tempoh! – kadangkala menerima perubahan itu adalah menyakitkan. Tetapi pada akhirnya, tiada apa yang lebih menyakitkan selain tinggal terperangkap pada satu-satu keadaan tanpa kita mampu berbuat apa-apa. Belajar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan. Move on.

6. Lepaskan semua kenangan buruk – kata pepatah “Anda bukan apa yang telah berlaku kepada anda; anda adalah tindakan yang anda pilih semasa apa yang berlaku kepada anda (You are not what has happened to you; you are what you choose to become in this moment). Lepaskan segala yang pahit, tarik nafas dalam-dalam dan bermula sekali lagi. Akhirnya, anda akan tahu anda berada di landasan yang betul dalam kehidupan apabila anda menjadi tidak berminat dalam melihat ke belakang, dan tidak sabar-sabar untuk mengambil langkah seterusnya.

7. Lepaskan gangguan-gangguan kecil yang tidak penting – seperti kata orang, “Don’t sweat the small stuff”. Tekanan sebenarnya datang dari cara kita bertindak balas.

8. Lepaskan pemikiran bahawa orang lain tidak sehebat anda - walaupun kita telah bekerja keras untuk mendapatkan kejayaan yang dikecapi sekarang, sentiasa ingat bahawa orang yang benar-benar hebat tidak memperkecilkan orang lain.

9. Lepaskan keinginan untuk mendapatkan sesuatu yang kita tidak perlukan – fikirkan nilai sesuatu yang kita inginkan, sebelum kita membuat keputusan untuk mendapatkan sesuatu.

10. Lepaskan keinginan untuk mendapatkan balasan di atas perbuatan baik yang kita lakukan – tidak perlu bimbang tentang apa balasan yang akan kita perolehi di atas kebaikan yang kita berikan. What you give you will get back. Walaupun dengan cara yang berbeza dan daripada individu yang berbeza.

11. Lepaskan sikap yang meletakkan keperluan semua orang lain melebihi keperluan diri sendiri - Beri seberapa banyak yang kita mampu setiap hari, tetapi jangan sesekali membenarkan diri kita dipergunakan. Dengar suara orang lain tanpa kehilangan suara kita sendiri.

12. Lepaskan ketakutan untuk mencuba sesuatu - ketakutan membunuh impian lebih daripada kegagalan. Jadi jangan biarkan ketakutan menghalang usaha kita sebaliknya tukarkannya menjadi pendorong.

13. Lepaskan pemikiran untuk menunggu kesempurnaan – kita tidak perlu sentiasa menunggu kesempurnaan untuk mencuba sesuatu. Kadang-kala kita hanya perlu mencubanya, dan lihat apa yang berlaku. Lakukan yang terbaik sehingga kita tahu apa yang sebenarnya terbaik.

14. Lepaskan sikap mengkritik diri sendiri - beri inspirasi kepada diri sendiri. Sayangi diri sendiri. Maafkan diri sendiri. Terima diri sendiri.

15. Lepaskan sikap cuba berubah hanya untuk menarik perhatian orang lain - Berubah kerana anda tahu ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan untuk ANDA.

16. Lepaskan pemikiran untuk mendapatkan segala-galanya dengan tergesa-gesakeep going tetapi tidak perlu terlalu tertekan. Lakukan sehabis baik apa yang kita termampu. Usah terlalu mendesak diri sendiri di luar kemampuan. Tujuan sebenar tiada had masa.

17. Lepaskan semua pengaruh negatif – segala yang negatif sebenarnya tidak akan membawa kita ke mana-mana.

18. Lepaskan sikap kepura-puraan – seperti kata pepatah “The first step to greatness is to be honest”.

19. Lepaskan pemikiran bahawa semuanya telah terlambat – ianya sentiasa lebih baik untuk berada di bawah tangga yang kita ingin daki daripada berada di bahagian atas tangga yang tidak kita inginkan.

20. Lepaskan sikap suka bertangguh – lakukan apa yang kita perlu lakukan hari ini supaya esok, kita boleh berada di mana sebenarnya kita ingin berada.

Kadang-kala bahagian yang paling sukar bukanlah sekadar untuk melepaskan sesuatu itu pergi tetapi untuk belajar memulakan sesuatu yang baru. Buat adjustment bermula tahun baru ini. Lepaskan mana-mana yang tidak bermanfaat kepada diri sendiri. Gantikan dengan sesuatu yang lebih bermakna. Hidup kita adalah pilihan kita.

Salam Tahun Baru 2017


Comments

  1. Selamat tahun baru nota dan kopi.

    ReplyDelete
  2. Banyak juga nak kena lepaskan nie.. 2017 harus bermula dengan baik dan semangat yang positif..
    Happy new year sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Shahida.....Selamat tahun baru :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mulakan hari dengan senyuman :-)

Assalamua'laikum Selamat Sejahtera Selamat Pagi Salam Ceria
Semoga hari ini kita mampu memulakan hari dengan sebuah senyuman dan berlapang dada serta hati yang bersih dan berfikiran positif walaupun dengan seribu kepayahan, kesukaran dan masalah yang berlegar2 di sekeliling kehidupan kita. Ya, kita takkan mampu menghalang seribu dugaan, rencam dan ragam kehidupan...yang kita mampu lakukan hanyalah menukar cara kita menilai dan menghadapinya... 
Ya Allah, berilah kami ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehidupan ini...Amin


Today, give a stranger one of your smiles.  It might be the only sunshine he sees all day.  ~Quoted in P.S. I Love You, compiled by H. Jackson Brown, Jr.
People seldom notice old clothes if you wear a big smile.  ~Lee Mildon
The world always looks brighter from behind a smile.  ~Author Unknown
Life is like a mirror, we get the best results when we smile at it.  ~Author Unknown
Smiling is infectious,
You can catch it like the flu.
Someone smiled at me today,
And I starte…

Kenapa kita susah nak fokus?

Haaaa kann....lain kali fokus lah sikit!

Ada kajian menunjukkan zaman sekarang ni makin susah nak fokus dan banyak distractions...setuju tak?
Especially zaman serba canggih, zaman IT dan teknologi ni kan. Saya dulu nak switch on computer pun takut, kot2 salah kang meletup pulak...tapi budak sekarang ulangkaji pun guna Score A, playstation lah...computer game lah, PSP lah...sekarang ipad lah pulak, umur tak sampai 2 tahun dah ada ipad tu! perrghh..

mmm...ntah no komen...
Tapi jom kita baca sikit pasal beberapa tips yang diberikan oleh seorang pakar psikologi, Dr. Lucy Jo Palladino, untuk menangani  masalah concentration killers ni...

Culprit 1 : Social Media
FB, twitter, myspace...entah segala benda tulah....


Solution masalah 1
Senang je, jangan log in waktu tengah buat kerja. Log in waktu break sahaja, kalau tak boleh jugak, disconnect from internet masa buat kerja. Jadikan macam reward lah, siap keje, baru lah log in..

Culprit 2 : E-mail overload
Camne nak buat? Samalah jugakk..tetapkan …

Giveaway Pertama ;)

Dah lama jugak teringin nak buat giveaway. Tapi asyik bertangguh memang tak jadi...bak kata orang tua-tua "Kerja bertangguh tak menjadi" ...huhu
Lagipun nervous nak try sebabbb...blog picisan ni tak glamour pun, jadi terfikir entah ada sambutan entahkan tidak...mmmm :p
Hari ni entah kenapa rasa nak buat giveaway yang pertama.
Terasa nak bagi buku ni untuk hadiah giveaway saya yang pertama ni..
Cara nak join giveaway ni simple je. 
Pertama, jadi follower blog Nota dan Kopi ni.
Kedua, share kan tentang giveaway ni, tak kisahlah nak buat mcm mana. Nak buat entry ke, nak tinggalkan komen ke...nak paksa orang masuk ke...hikhik
Biasanya orang buat giveaway berapa lama yek? Hehe teruk betul tuan punya blog ni kann :p
Ok, sampai hari Ahad depan 31 Mei 2015.
Jemputlah masuk ya, sudi-sudikan lah yek huhu (ok memang nervous nak publish entry ni..erkkk)