Membentuk tabiat positif dengan bercerita

Bayangkan kita ingin menyemai satu tabiat/habit yang baru. Contohnya, bersenam. Kita mungkin akan memberitahu diri kita sesuatu seperti ini: "Ini akan menjadi sesuatu yang luar biasa dan hebat, saya akan cergas dan menjadi super sihat!"

Ini adalah kisah yang kita akan ceritakan pada diri sendiri. Ianya belum lagi menjadi nyata, tetapi ia mempunyai kekuatan yang luar biasa untuk mempengaruhi perasaan kita dan mendorong kita untuk mengubah tindakan. Cerita positif mengenai tabiat ini akan mendorong kita untuk mengambil tindakan.

Katakan pula senaman yang dilakukan itu tiba-tiba menjadi sesuatu yang benar-benar sukar, dan kita tidak menyukainya. Cerita kita mungkin berubah. "Saya tidak suka bersenam. Ianya benar-benar menyiksakan! "

Cerita kita tentang tabiat bersenam tersebut telah berubah! Kita melihatnya sebagai satu perkara yang kita benar-benar tidak suka. Mulai saat itu, pasti kita tidak lagi bersemangat untuk bersenam.

Ok, katakan pula kita terlepas rutin bersenam selama beberapa hari kerana kesibukan. Cerita kita turut berubah "Saya tidak berdisiplin. Nampaknya tabiat bersenam ini tidak sesuai dengan saya". Sekali lagi,  cerita kita berubah! Lantas, tindakan kita juga akan berubah seiring dengan apa yang kita ceritakan pada diri sendiri. Kita akan mula melupakan tabiat baik yang ingin kita semai.

Rupanya bagaimana kita bercerita kepada diri kita tentang sesuatu perkara adalah sangat penting. Kesannya lebih daripada apa yang kita jangkakan. Ianya akan memberi kesan kepada tindakan kita selanjutnya.

Justeru, adalah sangat penting untuk kita membentuk cerita-cerita yang positif, lantas bercerita yang positif-positif sahaja kepada diri sendiri supaya kita cenderung untuk berpegang kepada tabiat yang positif itu.

Ianya bukan untuk bermakna kita harus mengabaikan sesuatu yang negatif kerana hidup bukanlah terlalu ideal. Pasti ada pengalaman yang negatif.  Tetapi diharapkan agar cerita-cerita positif kepada diri kita ini akan membantu kita menjadi lebih berdaya tahan di dalam kehidupan. Diharapkan kita akan mampu menepis hal-hal negatif dengan jiwa yang lebih tenang dan perasaan yang positif.

Betullah kata orang, fikir yang baik-baik, sebut yang baik-baik. InsyaAllah apa yang akan kita perolehi adalah sesuatu yang baik-baik.




Comments

  1. Kena sentiasa niat yang baik-baik.. barulah dapat pun yang baik-baik sahaja kan Linda..

    ReplyDelete
  2. betul..sangat setuju

    tanam impian pastu kukuhkan lagi dengan kata-kata positive akhirnya membentuk tabiat yang baik..

    kata-kata smenagat ni like mental enhancement untuk minda bawah sedar untuk train minda sedar..pastu lead kepada positive behavior

    ReplyDelete
  3. bila hidup dikalangan sahbat yang positif...bercakap yang positif ya kita pun akan positif...

    singgah sini dari arzmoha.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu....terima kasih ya sbb sudi singgah :)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts