Belajar bertenang dan menghayati sesuatu

Seseorang yang pernah bekerja di Volvo, Sweden, pernah menulis begini;
Any project in the company takes 2 years to be finalized, even if the idea is simple and brilliant. It’s a rule.”Kebanyakan dunia korporat global mengharapkan pencapaian yang pantas dan laju. Tetapi berbeza dengan orang Sweden. They, on the other hand, debate, debate, debate, hold x quantity of meetings and work with a slowdown scheme. At the end, this always yields better results.”

Di Eropah juga, terdapat pergerakan yang dinamakan “Slow Food” di mana mereka perlu makan dan minum secara perlahan-lahan serta menikmati masa bersama keluarga dan rakan. Mereka mempersoalkan tentang sikap tergesa-gesa yang dicetuskan oleh era globalisasi serta keinginan yang hanya fokus kepada kuantiti berbanding kualiti. Contohnya, orang-orang Perancis, walaupun mereka cuma bekerja selama 35 jam seminggu (orang Malaysia bekerja minimum di antara 40-45 jam seminggu), tetapi sebenarnya mereka lebih produktif berbanding orang-orang Amerika dan British. Di German pula, mereka telah memulakan waktu kerja purata selama 28.8 jam seminggu dan mendapati kadar produktiviti mereka meningkat sebanyak 20% (Rujukan. Zenhabits.net).

Sebenarnya sikap “no rush” ini bukanlah bermakna kita membuat sedikit kerja atau mempunyai produktiviti yang rendah. Ianya lebih kepada membuat sesuatu dengan kualiti tinggi serta usaha yang terbaik dalam keadaan kurang tekanan / stress. Pekerja akan lebih happy dan menghayati pekerjaannya. Atau dengan kata lain, mereka enjoy pekerjaan yang sedang dilakukan.

Kononnya kita sentiasa mengejar masa supaya tidak ketinggalan mendapatkan masa hadapan yang cemerlang. Itu tentu sekali satu sikap yang sangat baik dan perlu diteruskan. Namun apabila terlalu mengejar dan tergesa-gesa, kita mungkin lupa menghayati saat dan masa yang kita ada sekarang. Detik sekarang ini milik kita. Hayati. Kerana satu detik yang kehadapan pun belum tentu milik kita.

Semua orang ada masa yang sama. Tidak lebih dan tidak kurang. Yang bezanya cuma bagaimana kita mentadbirnya. Live each moment.
Hayati setiap detik yang kita ada dengan ketenangan.

“Life is what happens to you while you’re busy making other plans”.
-John Lennon-

Comments

  1. Orang barat dgn jepun menghasilkan produktiviti tinggi sebab attitude mereka. Cuba perhatikan cara orang kita berkerja. Pelanggan tua pun kena marah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, saya setuju. Rata2 orang kita tak enjoy dgn pekerjaan mereka.

      Delete
  2. Orang barat dgn jepun menghasilkan produktiviti tinggi sebab attitude mereka. Cuba perhatikan cara orang kita berkerja. Pelanggan tua pun kena marah.

    ReplyDelete
  3. Ohh, baru tahuuuu!!!!!!!
    Kerja yg producktiviti tuh sbnrnye pentinggg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu dear....produktiviti menggambarkan efisiensi kerja :)

      Delete
  4. Sebab tu orang kata, hidup kena ada jadual, supaya kita boleh aim apa yang kita nak capai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nora....kalau tak boleh lupa kot hihi :p

      Delete

Post a Comment

Popular Posts