Reaktif, Proaktif atau Inaktif?

Secara langsung ataupun tidak, setiap hari kita membuat keputusan bagaimana untuk bertindak. Sama ada keputusan penting atau kurang penting.

Cuba kita ingat-ingat semula. Lazimnya apabila yang kita lihat di luar tingkap adalah awan mendung ataupun gerimis hujan, biasanya mesti mula rasa susah hati kan? Kalau-kalau kita tak dapat nak lakukan aktiviti luar yang kita dah plan awal-awal lagi.

Kalau kena kritik di tempat kerja. Lagilah. Mahu berhari-hari rasa down. Mungkin juga ada yang akan hantar borang transfer.

Katakan pasukan sukan favourite kita menang. Rasa happy di awangan bukan main! Mungkin berminggu-minggu. 

Itu cuma sedikit contoh-contoh sikap reaktif. Nak tak nak, saya juga begitu. Selalu cenderung untuk bersikap reaktif. Sikap reaktif maksudnya perasaan yang bergantung kepada keputusan daripada sesuatu event atau keadaan yang di luar kawalan kita.

Biasa tak dengar statement macam ni, "Kalaulah dia bertindak macam ni @ macam tu, mesti saya tak marah @ saya tak sedih....etc"
"Kalaulah saya ada lebih masa, mesti saya akan dapat buat begitu @begini"

Sama ada kita sedar atau tidak, kita biarkan perkara-perkara luaran seolah-olah dapat menakluki apa yang kita ingin alami sedangkan seharusnya kita yang berhak membuat pilihan. Terutamanya dengan emosi negatif orang lain, senang betul nak terpengaruh kan.
Orang reaktif cenderung untuk membuat keputusan dalam "mode krisis," yang membawa kepada tekanan dan kebimbangan yang tinggi dan mungkin juga rasa rendah diri.

 Orang yang proaktif pula hanya akan fokus tentang perkara-perkara yang dia mampu kawal atau ubah sahaja, termasuklah kepada cara dia bertindak balas terhadap sesuatu keadaan. Orang yang proaktif juga cenderung bertindak sebelum perkara yang tidak diingini berlaku di mana biasanya kita telah hilang kuasa untuk memilih.

Dia tidak akan bimbang tentang perkara-perkara yang di luar kawalannya. 
Seperti kata pepatah Inggeris "You don’t have to fight every battle. You don’t have to respond to every critic. You don’t have to be offended because of what others say. "

Orang yang proaktif bukannya tidak beremosi tetapi dia mengawal emosinya. 
Ya, saya sendiri akan terus berlatih untuk bersikap lebih proaktif berbanding reaktif. Jika kita tak mampu mengubah sekitaran, kita mampu ubah cara kita berfikir tentangnya dan cara kita bertindak terhadapnya. Kita berhak memilih.

Dan akhirnya, seseorang yang inaktif cenderung berdiam diri tanpa tindakan dan mungkin mempunyai kawalan sifar ke atas arah hidup.

Analogi perbezaannya adalah seperti orang-orang yang tersesat, kemudiannya jumpa jalan yang betul (reaktif); orang yang memastikan jalan mana yang betul sebelum perjalanan (proaktif) dan orang-orang yang tidak pernah meninggalkan rumah (inaktif).

Sikap menentukan tindakan dan hasil daripada tindakan. Kitalah pemandu dalam hidup kita, ke arah yang kita pilih, untuk mencapai kehidupan yang kita impikan.

Tetapkan sikap yang betul. Ianya umpama kemudi. Kemudian doa dan tawakal.


Comments

  1. Memang pun kita ni lebih bersikap reaktif berbanding dengan proaktifkan. Nampak macam mudah aje nak berubah tapi kalau betul-betul nak berubah, susah juga ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu MD...mmg kena selalu beringat....mungkin akan tersasar jugak kadangkala....kena balik ke pangkal jalan menjadi proaktif bukan reaktif...kan MD :D

      Delete

Post a Comment

My Nuffnang

Popular Posts