Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

MASA

Sedar tak sedar, nak atau tak nak, masa tak akan berhenti berlalu. Tak menunggu.

"Life is like the river, sometimes it sweeps you gently along and sometimes the rapids come out of nowhere."  -Emma Smith

Perkara-perkara yang boleh berlaku semasa traffic jam

Minyak nak habis huk huk

Orang lain beratur punya panjang, dah nak dekat sejam dalam jarak tak sampai 2km, dia senang-senang nak memotong. Sabar je. Kena tenangkan diri, fikir positif...abaikan abaikan ...itu je saya cakap dalam hati walaupun memang gerammmmm betul :p Tapi kesian van sekolah tu, penuh dengan budak-budak mesti dah letih menunggu, tak sabar nak sampai rumah. Ibubapa pun mungkin dah risau.

Jalan nak masuk actually satu je tapi punya banyak kereta-kereta umpama pembuli jalanan yang tengah nak masuk menempel dari tepi tu.
Bila dah ramai-ramai semua terdesak nak balik cepat, sanggup buat apa saja walaupun terpaksa menyusahkan orang lain. Tak baik menganiaya orang lain yang lama beratur dari belakang.  Satu hari nanti mungkin urusan kita pula tidak dipermudahkan.
Sebelum bertindak, cuba fikirkan dulu baik dan buruknya ya....

Kuasa Keinginan

Percaya atau tidak, sebenarnya kita boleh mengatasi atau mengalahkan perasaan-perasaan negatif kita hanya dengan mempunyai keinginan untuk berbuat demikian.  Contohnya, walaupun tidak mudah untuk kita buang terus perasaan takut tetapi kita boleh mengatasinya hanya dengan mempunyai keinginan untuk menolaknya. Simple. Keinginan.
Seperti kata pepatah; di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Pastinya bukan mudah untuk membuang tabiat-tabiat negatif yang kita ada itu jauh-jauh. Tapi percayalah bahawa kita mampu untuk mengatasinya dengan membina keinginan untuk menolaknya. Lama kelamaan insyaAllah kita mampu menggantikannya dengan tabiat positif pula.

"A hero is an ordinary individual who finds the strength to persevere and endure in spite of overwhelming obstacles" -Christopher Reeve-

Kesan Ripple (Ripple effect)

Secara definisinya kesan Ripple ialah hasil daripada sesuatu tindakan atau peristiwa yang disebarkan atau dikembangkan dengan lebih meluas. 
Biasanya kesan ini dapat dilihat daripada kocakan kecil atau titisan air ke dalam kolam atau tadahan air yang menghasilkan kocakan atau sebaran air yang lebih meluas.
Seperti gambar di bawah ni.
Kerana itu agama juga tidak meremehkan kebaikan walaupun sebesar zarah. Rupanya tindakan yang kecil dan seakan tak penting itu boleh memberi impak yang besar. Kalau baik, baiklah kesannya dan begitu juga sebaliknya.

Belajarlah dari lumrah alam. Kita mampu jadi pemangkin kebaikan.

Kerja-kerja rumah

Masa kita berhempas pulas asyik mengemas, mesti ada tukang sepah. Bila kita dah bosan mengemas dan mula buat tak tahu, mesti ada orang perasan yang ibu dah malas mengemas. Mencabar minda betul bila fikirkan pasal kerja-kerja rumah yang tak pernah habis. Especially bila ahli keluarga tak guna konsep 5S ataupun sekarang dipanggil EKSA;  letakkan semula di tempat yang betul, semua barang ada tempatnya. 
Tapi kadang-kadang bila si tukang kemas buat tak tahu, si tukang sepah pandai pulak mengemas....hihi

Berdamai dengan ketidaksempurnaan

Biasanya orang yang perfectionist susah nak rasa tenang. Betul ke statement ni? Setuju tak? Ataupun mungkin sebaliknya?
Keinginan untuk rasa tenang dan cukup biasanya berkonflik dengan keinginan untuk mencapai kesempurnaan. Tetapi jangan salah tafsir. Usaha yang sungguh-sungguh sangat penting bagi mencapai hasil yang terbaik. Namun jangan sampai ketidaksempurnaan yang sedikit membuat kita rasa tertekan sehingga hilang fokus untuk mencapai matlamat yang sebenar.
Dalam sesetengah perkara, terima kenyataan seadanya, itu yang terbaik pada masa itu. Mungkin itulah yang paling sempurna.

Jangan fikir sangat!

Kita selalu biar diri kita berfikir tentang sesuatu yang sebenarnya bukanlah penting mana pun. Perangai orang lain, sikap orang, pemikiran orang lain...hujah dan pendapat yang bercanggah mungkin.
Fikir sangat sampai terbawa-bawa dek perasaan marah atau tak puas hati. Kalau kita tak mampu nak kawal reaksi orang lain, apa kata kita kawal reaksi kita. Selagi tindakannya tak menyusahkan kita secara langsung, usah terbawa-bawa dengan perasaan tak puas hati atau marah tersebut kerana akan memberi kesan kepada hidup kita pula.
Lagi satu, kadang-kadang tu tak perlu ceritakan pada orang lain. Kerana boleh menambah sakit hati dan boleh menjadi punca gosip atau konflik.
Baik kita fikirkan tentang sesuatu yang baik-baik atau indah-indah sahaja. Akhirnya kita akan menarik perkara-perkara yang baik dan indah kerana minda umpama magnet. Usah bazir tenaga dengan perkara-perkara tak perlu. 

Penulis buku?

Bila budak 8 tahun nak jadi penulis buku....
Buku mana lebih laku?

Buku teka silangkata?
Atau buku cara-cara membuat origami? huhu :p


Secawan Kopi