Skip to main content

Dari lensa si kecil

Kedengaran hujan lebat mulai turun seawal jam 5 pagi.
Terdetik di dalam hati si ibu "Alamak mesti jalan jam teruk pagi ni...."
Dari segi Law of Attraction dan konsep apa yang kita ucapkan itu adalah doa, insya Allah jalan akan jam teruk.
Lebih baik kita ucapkan begini...."Alhamdulillah, kerana Allah menurunkan rahmat-Nya dengan hujan. InsyaAllah sekejap lagi hujan akan reda dan urusan kita pagi ini akan dipermudahkan. Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang....aamiinn".
Ingatan itu terutamanya untuk diri saya sendiri. Walau dalam keadaaan sesukar manapun, teruskanlah berfikir, berharap, berkata-kata dan berdoa yang baik-baik. 

Dalam perjalanan untuk urusan ke sekolah pagi itu, anak kecil saya berumur 8 tahun tidak fokus kepada hujan renyai ataupun jalan yang mula sesak. Almaklumlah bukan dia yang memandu.
 Tapi dia dapat melihat sesuatu yang amat disukainya.

Lantas dia ambil telefon saya untuk snap gambar.



#nofilter

Nampak tak apa yang dia nampak?

Tanpa renyai hujan pada sinaran mentari manakan mungkin pelangi yang cantik akan muncul.

Sebenarnya apa yang kita nampak lebih jelas pada setiap lensa kehidupan menggambarkan siapa diri kita. Sama ada kita ingin melihat lebih dari sisi baik atau yang kurang baik.
Setkan lensa fokus hidup kita untuk dapatkan gambar terbaik.

Seperti si kecil yang belum mengerti banyak perkara. Apa yang ingin mereka lihat hanyalah yang cantik dan menyeronokkan.

Dugaan dalam hidup itu lumrah. Setting lensa hidup pada setting terbaik secara tidak langsung menanam harapan untuk mendapatkan gambar terbaik. Bersedia untuk beri tindakan terbaik semampu boleh. Fokus. Click!
Semoga hasilnya adalah yang terbaik....sebaik mungkin yang diizinkan Tuhan. InsyaAllah.

Comments

  1. Mungkin dia resah dalam hujan tu, itu sebab dia snap

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dia resah nak main hujan :p

      Delete
  2. Setuju, terutama yang nihh : Sama ada kita ingin melihat lebih dari sisi baik atau yang kurang baik..

    Dalam minda nih kadang kadang bagi confuse, sampai terpikir buruk walau nampak baik... nauzubillah..and........kdg kita tanya, apa hikmah di setiap kejadian..kenapa ujian tuh turun kat diri nih, tapi semua tuhla lumrahhhh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mulakan hari dengan senyuman :-)

Assalamua'laikum Selamat Sejahtera Selamat Pagi Salam Ceria
Semoga hari ini kita mampu memulakan hari dengan sebuah senyuman dan berlapang dada serta hati yang bersih dan berfikiran positif walaupun dengan seribu kepayahan, kesukaran dan masalah yang berlegar2 di sekeliling kehidupan kita. Ya, kita takkan mampu menghalang seribu dugaan, rencam dan ragam kehidupan...yang kita mampu lakukan hanyalah menukar cara kita menilai dan menghadapinya... 
Ya Allah, berilah kami ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehidupan ini...Amin


Today, give a stranger one of your smiles.  It might be the only sunshine he sees all day.  ~Quoted in P.S. I Love You, compiled by H. Jackson Brown, Jr.
People seldom notice old clothes if you wear a big smile.  ~Lee Mildon
The world always looks brighter from behind a smile.  ~Author Unknown
Life is like a mirror, we get the best results when we smile at it.  ~Author Unknown
Smiling is infectious,
You can catch it like the flu.
Someone smiled at me today,
And I starte…

Kisah pelik tapi benar dengan Lazada

Ceritanya pada bulan Dis 2017, anak perempuan saya teringin sangat nak beli meja study yang sama sebijik dengan abangnya.
 Dah puas merata cari yang lain tapi tetap nak yang sama jugak sebijik huhu :p
Macam ni lah rupanya.

Bila pergi semula ke tempat yang kami beli dulu di Subang Jaya, memang ada stok tapi harganya boleh tahan jugak dah mencecah RM1000 ++.
Rasanya masa beli dulu dalam 2 tahun lepas, harganya murah lagi.
Puas jugak keluar masuk kedai perabot nak cari yang sama atau lebih kurang sama tapi encik suami tak puas hati sebab tak berbaloi dengan kualiti katanya. Saya pun tak arif sangat pasal kualiti perabot ni, pada saya asalkan cantik dan sesuai dengan ruang dah ok sangat lah tu.
Encik suami kata perabot sekarang harapkan mahal je tapi kebanyakannya cuma compressed wood bukannya solid wood. Errkk..apa pulak tu, kata hati saya. Tapi buat-buat je macam faham. Tapi memang tak dinafikan kayu meja study yang kami beli untuk si abang memang nampak kuat dan tiada lapisan laminate…

Khalifah Model School (Secondary)

Subhanallah....tak sangka! itulah ungkapan pertama saya ketika mengetahui tentang perkara ini...

saya sebenarnya telah maklum tentang khalifah method institute ini sejak saya masih lagi di tahun akhir pengajian saya di sebuah universiti tempatan.... dan kebetulan salah seorang daripada pensyarah saya juga amat aktif dalam aktiviti2 khalifah method institute...

maklumat yg saya ada pada waktu itu hanyalah sedikit sebanyak tentang pengasasnya iaitu seorang pakar psychology berbangsa Amerika (kalau tak silap) yang telah memeluk agama Islam...

sebuah sekolah rendah di ampang telah beroperasi menggunakan kaedah khalifah ini...dan tidak sangka rupanya sebuah sekolah menengah juga telah dibuka!

saya dapat ini dari blog Ustaz Hasrizal yang juga merupakan salah seorang drpd board of directors!



saya pernah juga post tentang khalifah method ini dalam entry terdahulu di sini ...di mana saya merungut seringkali tidak dapat mengikuti seminar yg diadakan oleh khalifah institute....hehe

tapi Alhamdul…