Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

Salam Ramadhan

Bagaimanakah kita melihat Ramadhan? Sekadar tidak boleh makan dan minum? Bazar Ramadhan yang meriah dengan pelbagai juadah? Tarawih dan moreh? Apa yang nak makan untuk sahur? Jemputan berbuka puasa dan segala macam tawaran buffet Ramadhan? Malam tujuh likur pasang pelita? Lawan meriam buluh satu kampung? Rancangan masak-masak? Kuih raya dan segala macam jenis kerepek? Jalan sesak dan orang ramai berlumba-lumba membeli belah persiapan raya? Baju raya, kasut raya, beg raya, langsir dan perabot raya? Adakah Ramadhan hanya sekadar untuk menikmati kemanisan berhari raya? Atau mungkinkah Ramadhan sebagai bulan penyucian jiwa dan mempertingkatkan nilai kita sebagai hamba-Nya?
Apakah sebenarnya makna Ramadhan?  Pasti definasinya berbeza-beza di antara kita.
Salam Ramadhan.

Wordless Wednesday

Apa yang facebook cuba sampaikan?

Perasan tak tentang kemunculan bunga berwarna purple di facebook? Dulu pernah ada sekejap kemudian hilang, baru beberapa hari ni bunga purple ni muncul semula kan. Bila saya click rupanya bunga purple ni bermaksud grateful; maknanya terima kasih atau penghargaan.
Yang seronoknya bila kita click, bunga2 purple tu akan bertebaran di screen facebook kita...cantik kan. Bila saya cuba beberapa kali, saya rasa happy...sweet sangat.  Seperti ianya mengajar kita bahawa apabila kita buat sesuatu yang baik yang mampu menggembirakan orang lain, kebahagiaan dan rasa gembira itu akan datang semula kepada kita.
Selamat mencuba! Sebarkan kebaikan dan kebahagiaan!