Salam Ramadhan

Bagaimanakah kita melihat Ramadhan?
Sekadar tidak boleh makan dan minum?
Bazar Ramadhan yang meriah dengan pelbagai juadah?
Tarawih dan moreh?
Apa yang nak makan untuk sahur?
Jemputan berbuka puasa dan segala macam tawaran buffet Ramadhan?
Malam tujuh likur pasang pelita?
Lawan meriam buluh satu kampung?
Rancangan masak-masak?
Kuih raya dan segala macam jenis kerepek?
Jalan sesak dan orang ramai berlumba-lumba membeli belah persiapan raya?
Baju raya, kasut raya, beg raya, langsir dan perabot raya?
Adakah Ramadhan hanya sekadar untuk menikmati kemanisan berhari raya?
Atau mungkinkah Ramadhan sebagai bulan penyucian jiwa dan mempertingkatkan nilai kita sebagai hamba-Nya?

Apakah sebenarnya makna Ramadhan? 
Pasti definasinya berbeza-beza di antara kita.

Salam Ramadhan.


Comments

Post a Comment

Popular Posts