Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

Sempurna

Pastinya semua orang ada impian dan keinginan. Begitu juga saya. Boleh tahan banyaknya impian dan keinginan. Semangat berkobar-kobar. Motivasi pun boleh dikatakan dah ada.  Tapi sering bertangguh mengharap masa paling sesuai. Hari yang paling sempurna katanya.
"Suatu hari nanti saya mesti akan buat begini...begitu....bla bla bla" "InsyaAllah ...one fine day...saya mesti berjaya buat begitu dan begini..." Betul-betul angan mat jenin! Saya sebuk menunggu satu hari yang paling sempurna untuk saya betul-betul all out kononnya.
Sedangkan satu hari yang sempurna itu mungkin tak akan datang pun. Bila difikir-fikir, tidak akan ada satu hari yang sempurna. Saya yang patut berusaha menjadikan hari itu sempurna; sesempurna yang mampu.
Betullah, rupanya orang yang berjaya itu tidak menunggu. Bertangguh tidak boleh ada dalam kamus hidup. Rupanya awal-awal lagi agama telah mengajar untuk bertindak segera. Apabila azan berkumandang memanggil menuju kejayaan, orang yang berjaya i…

Pilihan vs Gangguan

Gangguan atau distraction dalam kehidupan mungkin bukanlah perkara baru. Namun yang pastinya ianya lebih significant atau ketara kepada generasi alaf baru ini. Internet, telefon bimbit, televisyen, dan kelajuan kemajuan teknologi dan aliran maklumat telah mencipta persekitaran di mana gangguan mengelilingi kita setiap saat sepanjang hari - dari saat kita bangun hingga saat kita menutup mata pada waktu malam. Betulkah begitu?
 Jika ditanya kepada diri saya sendiri, ya memang benar begitu. Tambahan lagi dengan kebiasaan arahan kerja dan seribu satu persoalan dan maklumat yang tak henti-henti disampaikan melalui entah berapa banyak group menggunakan aplikasi whatsapp mahupun telegram. Dan mungkin ada lagi pelbagai aplikasi lain yang lebih canggih yang saya tidak tahu. 
Gangguan atau distraction boleh merujuk kepada apa sahaja yang boleh mengambil alih perhatian dan tenaga kita dari perkara yang penting. Biasanya ianya berlarutan bagi jangka masa panjang. Contoh lain ialah permainan video, …