Skip to main content

Sempurna

Pastinya semua orang ada impian dan keinginan. Begitu juga saya. Boleh tahan banyaknya impian dan keinginan. Semangat berkobar-kobar. Motivasi pun boleh dikatakan dah ada. 
Tapi sering bertangguh mengharap masa paling sesuai. Hari yang paling sempurna katanya.

"Suatu hari nanti saya mesti akan buat begini...begitu....bla bla bla"
"InsyaAllah ...one fine day...saya mesti berjaya buat begitu dan begini..."
Betul-betul angan mat jenin!
Saya sebuk menunggu satu hari yang paling sempurna untuk saya betul-betul all out kononnya.

Sedangkan satu hari yang sempurna itu mungkin tak akan datang pun.
Bila difikir-fikir, tidak akan ada satu hari yang sempurna. Saya yang patut berusaha menjadikan hari itu sempurna; sesempurna yang mampu.

Betullah, rupanya orang yang berjaya itu tidak menunggu. Bertangguh tidak boleh ada dalam kamus hidup. Rupanya awal-awal lagi agama telah mengajar untuk bertindak segera. Apabila azan berkumandang memanggil menuju kejayaan, orang yang berjaya ialah yang bersegera menunaikan solatnya. Usah bertangguh; takut-takut habis waktu.

Ingat lagi filem terkenal zaman 70-an dan 80-an bertajuk Esok Masih Ada? Tak lupa juga filem Esok Untuk Siapa, Menanti Hari Esok dan Tiada Esok Bagimu. Kreatif betul industri filem zaman itu kan. Sehingga masa cerita-cerita tu tengah hangat, selalu orang melawak...takpe, esok kan masih ada. Dan macam-macam lagi ungkapan tentang hari esok. Glamour sungguh ungkapan 'hari esok' pada zaman itu.
Ya, esok pasti datang tapi belum tentu milik kita. Kita perlu merancang untuk hari esok tetapi adakah kita akan berjumpa esok, kita pun tak pasti.

Cabaran untuk diri saya sendiri ialah memecahkan dinding dalam diri. Dinding menanti-nanti yang akan membawa penyesalan bila masa saya telah tamat. Usah ditunggu-tunggu masa dan hari yang sempurna untuk bertindak.

Jadikan detik ini yang paling sempurna. Sesempurna mungkin yang kita mampu. Sesempurna mungkin yang diizinkan oleh-Nya.



Comments

Popular posts from this blog

Kisah pelik tapi benar dengan Lazada

Ceritanya pada bulan Dis 2017, anak perempuan saya teringin sangat nak beli meja study yang sama sebijik dengan abangnya.
 Dah puas merata cari yang lain tapi tetap nak yang sama jugak sebijik huhu :p
Macam ni lah rupanya.

Bila pergi semula ke tempat yang kami beli dulu di Subang Jaya, memang ada stok tapi harganya boleh tahan jugak dah mencecah RM1000 ++.
Rasanya masa beli dulu dalam 2 tahun lepas, harganya murah lagi.
Puas jugak keluar masuk kedai perabot nak cari yang sama atau lebih kurang sama tapi encik suami tak puas hati sebab tak berbaloi dengan kualiti katanya. Saya pun tak arif sangat pasal kualiti perabot ni, pada saya asalkan cantik dan sesuai dengan ruang dah ok sangat lah tu.
Encik suami kata perabot sekarang harapkan mahal je tapi kebanyakannya cuma compressed wood bukannya solid wood. Errkk..apa pulak tu, kata hati saya. Tapi buat-buat je macam faham. Tapi memang tak dinafikan kayu meja study yang kami beli untuk si abang memang nampak kuat dan tiada lapisan laminate…

Mulakan hari dengan senyuman :-)

Assalamua'laikum Selamat Sejahtera Selamat Pagi Salam Ceria
Semoga hari ini kita mampu memulakan hari dengan sebuah senyuman dan berlapang dada serta hati yang bersih dan berfikiran positif walaupun dengan seribu kepayahan, kesukaran dan masalah yang berlegar2 di sekeliling kehidupan kita. Ya, kita takkan mampu menghalang seribu dugaan, rencam dan ragam kehidupan...yang kita mampu lakukan hanyalah menukar cara kita menilai dan menghadapinya... 
Ya Allah, berilah kami ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehidupan ini...Amin


Today, give a stranger one of your smiles.  It might be the only sunshine he sees all day.  ~Quoted in P.S. I Love You, compiled by H. Jackson Brown, Jr.
People seldom notice old clothes if you wear a big smile.  ~Lee Mildon
The world always looks brighter from behind a smile.  ~Author Unknown
Life is like a mirror, we get the best results when we smile at it.  ~Author Unknown
Smiling is infectious,
You can catch it like the flu.
Someone smiled at me today,
And I starte…

Senyum itu

Hati yang mengeluh Rasa yang berkecai Pilu yang tertahan
Semua tak terluah
Senyum itu juga terpamer
Hanya yang tahu seolah faham Apa yang ditanggung susuk tubuh itu
Namun lelah dan deritanya Dia simpan diam-diam Dia pendam rapi-rapi
Yang terluah Hanya senyum itu