Betullah kata orang dulu-dulu

Kata orang mimpi tu mainan tidur. Tapi bila mimpi best, rasa seronok tu terbawak-bawak bila bangun, rasa ralat pulak kenapalah cepat tersedar. Bila mimpi buruk, rasa lega bila tersedar....leganyaa mimpi je rupanya...selamat! Pernah tak mimpi nangis sampai bantal pun basah....kadang-kadang terjaga pun tengah tersedu-sedu...haru! 

Kata orang dulu-dulu, kalau mimpi best boleh cerita dgn orang, tapi kalau mimpi buruk, jangan disebut-sebut. Baru sekarang saya faham signifikannya.

Kita digalakkan bercakap perkara-perkara yang baik, secara tak langsung ianya umpama doa. Patutlah mimpi yang buruk jangan disebut-sebut supaya hilang dari minda sedar mahupun bawah sedar. Pandaikan orang dulu2, cuma mereka tak mampu jelaskan dari segi saintifik mahupun psikologi.

Kata orang juga, hidup jangan suka bermimpi di siang hari, nanti semua kerja tak menjadi. Tapi kalau mimpi boleh mencetus harapan dan impian apa salahnya? Bila dibaja dengan usaha, tak mustahil mimpi boleh jadi kenyataan. 

Semoga kita terus dibuai mimpi indah, lena menemani tidur.
Adios!



Comments

Popular Posts