Peminat Instagram diminta berhati-hati

Andaikanlah saya bertanya soalan ini pada sekumpulan orang.

Tuan/Puan pernah dengar tentang instagram?
Tuan/Puan ada akaun instagram?

Rasanya berapa ramai yang jawab tidak? Kalau ada pun yang memang betul-betul takde idea apakah agaknya sejenis alien instagram tu pasti tak berani nak jawab.

Budak-budak sekolah sekarang pun ada instagram. Baby baru lahir pun ada akaun instagram!
Betapa kita sekarang ini hanya duduk secara total di luar media sosial mungkin hanya sekitar berapa peratus saja agaknya. Yang selebihnya ialah dalam dunia virtual.

Baru-baru ini ada satu kajian dijalankan.

Jeng Jeng Jeng!

Kajian ni dibuat ke atas 166 orang dan lebih daripada 43,000 gambar instagram dianalisa oleh model komputer yang dibangunkan untuk kajian tersebut. Analisa tersebut melihat gambar-gambar instagram 166 orang yang dikaji tersebut satu persatu melalui warna gambar pixel per pixel, metadata dan face detection. Saya tak pasti maksud setiap analisa tu secara terperinci. Kalau nak tahu lebih mendalam, boleh cari rujukan sendiri ya...hik hik.
Analisa yang dibuat hanya pada gambar ya, tidak melibatkan sama sekali captions atau komen yang ditulis.
Dimaklumkan juga bahawa ketepatan analisa secara menggunakan model komputer ini ialah 70%.

Tujuan kajian ni dibuat sebenarnya adalah untuk menilai kesihatan mental pengguna-pengguna instagram; sama ada individu tersebut mengalami masalah depresi ataupun tidak.
Rupanya sikap tersembunyi seseorang individu boleh dilihat melalui gambar-gambar yang dikongsi di media sosial dan dalam kajian ini spesifik kepada instagram.
(Sumber maklumat : Medical Information Management System)

Jadi hati-hati ya pengguna instagram. Fikir dulu sebelum kongsi gambar di instagram.

Oh, by the way, kalau merujuk kepada gambar di bawah ni, agak-agak yang mana satu menunjukkan individu yang sedang mengalami masalah depresi ataupun tidak?
Cuba teka.


Comments

  1. Hah! macam-macam sekarang ini.
    Menarik rasa macam nak jugak check orang-orang tertentu apa masalah dia asyik duk up gambar satu-satu kat instagram annoying hahahahaha..... up ajelah sekali gus #slide

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulahh kan Mrs A..macam2 ragam org sekarang :p

      Delete
  2. Terima kasih singgah blog akak linda..
    Akak pun dah lama tak singgah sini..
    BW pun sibuk sgt..

    Akak ada jugak akaun insta ni..
    Tapi anak2 yg selalu guna hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 sekarang ni memang dah advance kan :)

      Delete
  3. Replies
    1. Welcome...terima kasih sudi singgah ya :)

      Delete
  4. Share gambar kat ig biasanya kalau gi jalan2 atau makan...eerr..kalau macam tu, ketegori macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fidah, gambar sebelah kanan yang warna tak berapa terang, suka hitam putih, kelabu tu menunjukkan orang yang depressed huk huk

      Delete
  5. Saya rajinkan upload..haha..tapi selalu pasal makanan dan penulisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar Fyda semua ceria....tak depressed hehe :)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts