Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

Adakah kita bahagia?

Bahagianya tengok anak kucing ni tumpang tidur belakang rumah. Anak kucing jalanan yang ditinggalkan ibu. Anak saya bersihkan sebab terjatuh dalam longkang berair. Tapi takut dengan orang, lari sembunyi bawah mesin basuh. Bila kami semua masuk dalam baru lah dia keluar, tumpang tidur kat tepi pokok buluh tu. Abaikan pasu yang dah pecah tu ya hihi....
Harap-harap dia tak pergi ke mana-mana sampai dia besar sikit. Semalam kami bagi dia minum susu tapi anak kucing ni memang takut betul dengan orang, susah nak paksa dia minum. 
Seronok betul saya perhati dia tidur. Tiba-tiba saya tersenyum sorang-sorang, rasa happy sangat. Bahagia. Momen melihat anak kucing itu tidur membuatkan saya rasa bahagia.
Rupanya tak perlu perkara gempak-gempak pun untuk rasa bahagia.  Sekecil-kecil perkara pun boleh membawa kebahagiaan.  Pokok pangkalnya kita ingin merasakannya sebagai satu kebahagiaan walaupun hanya melihat kebahagiaan dan kegembiraan orang lain.
Kalau kita masih mencari bahagia, mungkin tak perlu …