Adakah kita bahagia?



Bahagianya tengok anak kucing ni tumpang tidur belakang rumah. Anak kucing jalanan yang ditinggalkan ibu. Anak saya bersihkan sebab terjatuh dalam longkang berair. Tapi takut dengan orang, lari sembunyi bawah mesin basuh. Bila kami semua masuk dalam baru lah dia keluar, tumpang tidur kat tepi pokok buluh tu. Abaikan pasu yang dah pecah tu ya hihi....

Harap-harap dia tak pergi ke mana-mana sampai dia besar sikit. Semalam kami bagi dia minum susu tapi anak kucing ni memang takut betul dengan orang, susah nak paksa dia minum. 

Seronok betul saya perhati dia tidur. Tiba-tiba saya tersenyum sorang-sorang, rasa happy sangat. Bahagia. Momen melihat anak kucing itu tidur membuatkan saya rasa bahagia.

Rupanya tak perlu perkara gempak-gempak pun untuk rasa bahagia. 
Sekecil-kecil perkara pun boleh membawa kebahagiaan. 
Pokok pangkalnya kita ingin merasakannya sebagai satu kebahagiaan walaupun hanya melihat kebahagiaan dan kegembiraan orang lain.

Kalau kita masih mencari bahagia, mungkin tak perlu cari jauh sangat, mungkin ia hanya di depan mata.
Kalau kita masih menunggu bahagia, mungkin tak perlu tunggu lama sangat, takut-takut tak sempat merasa bahagia.
Cuba cipta bahagia walaupun dari perkara-perkara yang simple dan mungkin kita anggap tidak penting.

Bahagia itu ada di mana-mana? Mungkin.

Comments

  1. Kadang-kadang kita tak nampak pun bahagia tu sebenarnya ada di depan mata. Yalah, selalu kalau nak cari bahagia, nak cari perkara yang besar-besar aje yang boleh membahagiakan katanya. Tak gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satunya yang selalu membuat saya bahagia dari dulu sampai sekarang...ialah bila baca komen2 MD...suka sangat...tq MD yang baik hati, semoga ukhwah berpanjangan ke akhirnya :)

      Delete
  2. Menulis pun buat kita bahagia kan...

    ReplyDelete
  3. aah kan Fyda...berkenalan dengan Fyda juga buat saya bahagia :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Jemput baca nota sambil minum kopi :)

nota iklan