Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Nota hari ini

Khusyuk dalam hidup

Konsep yang sama diajar dalam Islam iaitu khusyuk dalam solat. Rupanya khusyuk bukan sekadar dalam solat tetapi perlu diterjemahkan di dalam kehidupan. 
Be present. Minda dan perasaan kita benar-benar hadir semasa kita sedang melakukan sesuatu. Bersatu dengan jasad. Usah mengenang mahupun menyesali apa yang telah berlalu ataupun terlalu risaukan masa hadapan.
Menurut pakar, konsep mindfulness iaitu konsep di mana seseorang perlu fokus pada detik dan saat sekarang adalah sangat penting bagi kesihatan minda dan mengurangkan stress dalam kehidupan.
Dunia hari ini bergerak begitu pantas, terlalu banyak perkara yang perlu kita kejar seharian. Kadang-kala rasa lelah dan payah. Bertenanglah. Fokus pada detik dan saat di depan mata. Khusyuk dalam hidup. Detik yang ada itu mungkin detik yang terakhir dalam hidup kita. Hayatinya dengan khusyuk.

Betul ke sayang?

Bersyukurlah masih punya negara merdeka....

Wordless Wednesday

SYUKUR

Kata bijak pandai, syukur adalah kunci dari segudang kenikmatan. Barang siapa yang mensyukuri nikmat yang ada, Allah akan membuka nikmat yang belum ada.
Bersyukur bukan untuk orang lain. Bersyukur adalah untuk diri sendiri. "Dan barang siapa bersyukur kepada Allah, sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri" (Surah Luqman; ayat 12)
Syukur umpama kunci dari almari yang berisi penuh nikmat, namun kebanyakan kita lebih memikirkan isi almari daripada kuncinya.
- Penulis : anonymous -

Mencari titik perubahan

Dalam membuat perubahan, yang paling sukar ialah mencari willpower. Kemahuan. Kita mahu berubah, tetapi tidak dapat mencari kemahuan.
Rupanya ada satu rahsia kecil untuk berubah.
Kesedaran adalah kunci. Ia permulaan. Apabila kita sedar, kita boleh mengubah sesuatu yang kita inginkan.
Mulakan dengan kesedaran. Jadi pemerhati. Beri perhatian kepada apa yang anda fikirkan.  Terdapat banyak kali apabila kemahuan mengecewakan kita.  Inilah masa di mana kita perlu kembali sedar.
Apabila kita sedar, kita boleh mengubahnya.  Ini cuma rahsia kecil, tetapi insyaAllah mampu membawa perubahan dalam kehidupan.

Lamanya tak berjumpa

Lamanya tak berjumpa!
Apa khabar semua?
Banyak faktor yang menjadi umpama bongkah-bongkah penghalang untuk saya update blog ni.
Mencipta alasan memang mudah kan....
Masih struggle mencari istiqamah dalam diri sendiri....

Senyum itu

Hati yang mengeluh Rasa yang berkecai Pilu yang tertahan
Semua tak terluah
Senyum itu juga terpamer
Hanya yang tahu seolah faham Apa yang ditanggung susuk tubuh itu
Namun lelah dan deritanya Dia simpan diam-diam Dia pendam rapi-rapi
Yang terluah Hanya senyum itu

Kisah pelik tapi benar dengan Lazada

Ceritanya pada bulan Dis 2017, anak perempuan saya teringin sangat nak beli meja study yang sama sebijik dengan abangnya.
 Dah puas merata cari yang lain tapi tetap nak yang sama jugak sebijik huhu :p
Macam ni lah rupanya.

Bila pergi semula ke tempat yang kami beli dulu di Subang Jaya, memang ada stok tapi harganya boleh tahan jugak dah mencecah RM1000 ++.
Rasanya masa beli dulu dalam 2 tahun lepas, harganya murah lagi.
Puas jugak keluar masuk kedai perabot nak cari yang sama atau lebih kurang sama tapi encik suami tak puas hati sebab tak berbaloi dengan kualiti katanya. Saya pun tak arif sangat pasal kualiti perabot ni, pada saya asalkan cantik dan sesuai dengan ruang dah ok sangat lah tu.
Encik suami kata perabot sekarang harapkan mahal je tapi kebanyakannya cuma compressed wood bukannya solid wood. Errkk..apa pulak tu, kata hati saya. Tapi buat-buat je macam faham. Tapi memang tak dinafikan kayu meja study yang kami beli untuk si abang memang nampak kuat dan tiada lapisan laminate…

Aduhaiii....terkena lagi

Tak patut betul bila pagi-pagi dapat emel pasal benda ni ....huhu
TAK BOLEH NAK LARI DAH
Selamat dah...
Order order...bayar online
Memang mudah zaman sekarang ni hehe

Bahagia Ever After

Nak kata hidup ni mudah sangat pun, tak jugak. Nak kata susah sepanjang masa, pun tidak. Ada hari kita rasa bahagia sangat macam hidup atas bunga-bunga ros yang cantik. Tapi opss bila terkena durinya sakit juga. Bila tiba pulak masa-masa sedih kecewa tu, rasa tak cukup-cukup air mata nak menangis.
Banyak perkara yang bersimpang siur antara rasa gembira dan kecewa dalam hidup. Hidup bahagia ever after mungkin cuma ada dalam novel-novel cinta dan kisah-kisah fairytales. Ohhh...kalau diberi peluang, saya pun teringin nak jadi Cinderella. Tapi sedangkan Cinderella pun merasa derita awalnya sebelum bahagia bersama putera. Rapunzel? Snow White? Semuanya pun pernah rasa sedih sebelum bahagia ever after.
Sebenarnya titik bahagia dan sedih itu perlu untuk saling mengimbangi. Mungkin itulah erti hidup.

Penuh ke jadual hari ni?

Sedangkan siang dan malam ada jadualnya.  Bulan dan bintang juga keluar mengikut peraturan Pencipta.  Musim turut berganti mengikut jadual.  Manusia juga telah diatur bila solat lima waktunya. 
Walaupun betul kata pepatah, kita hanya mampu merancang... sekurang-kurangnya kita ada perancangan. Jangan lupa peruntukkan masa untuk rehat dan bertenang...

Pertama 2018