Kisah pelik tapi benar dengan Lazada

Ceritanya pada bulan Dis 2017, anak perempuan saya teringin sangat nak beli meja study yang sama sebijik dengan abangnya.

 Dah puas merata cari yang lain tapi tetap nak yang sama jugak sebijik huhu :p

Macam ni lah rupanya.

Gambar pinjam Lazada

Bila pergi semula ke tempat yang kami beli dulu di Subang Jaya, memang ada stok tapi harganya boleh tahan jugak dah mencecah RM1000 ++.

Rasanya masa beli dulu dalam 2 tahun lepas, harganya murah lagi.

Puas jugak keluar masuk kedai perabot nak cari yang sama atau lebih kurang sama tapi encik suami tak puas hati sebab tak berbaloi dengan kualiti katanya. Saya pun tak arif sangat pasal kualiti perabot ni, pada saya asalkan cantik dan sesuai dengan ruang dah ok sangat lah tu.

Encik suami kata perabot sekarang harapkan mahal je tapi kebanyakannya cuma compressed wood bukannya solid wood. Errkk..apa pulak tu, kata hati saya. Tapi buat-buat je macam faham. Tapi memang tak dinafikan kayu meja study yang kami beli untuk si abang memang nampak kuat dan tiada lapisan laminated yang senang tercabut.


Gambar pinjam Google. Ni contoh compressed wood atau dipanggil particle board.

Hmmm....puas jugak mencari tak jumpa yang berkenan di hati. Encik suami pulak sebuk duk membelek telefon bila kat kedai perabot. Lepas tu laju je ajak keluar. Last-last dia cakap "Kita beli je lah kat Lazada. Lagi murah untuk setakat jenis kayu compressed ni. Harga-harga kat kedai perabot ni semua memang mahal..."

Alamak....Lazada? Beli perabot kat Lazada! Adoiii...macam mana ni? Risau saya nak beli perabot online. Takut-takut kalau kualitinya tak sama macam yang ditunjukkan di website.
Tapi encik suami berkeras jugak sebab harga perabot yang sama macam yang kami nak beli tu lebih murah di Lazada.

Tak percaya cuba click sini

Encik suami pun tak fikir panjang pun terus order dengan Lazada. Walaupun pada awalnya kami nak beli di kedai sebab nak dapat cepat sebelum tahun baru, tapi kali ni terpaksa akur bila dijangka perabot akan sampai di antara 6 Jan - 10 Jan 2018. Kami order pun dah lewat 31 Dis 2017.

Tapi tiba-tiba pada 3 Jan 2018 dapat mesej daripada Lazada reseller pada jam 8.32 pagi bagitau yang dia akan datang hantar perabot pada jam 9.30 pagi. Happy nya bukan kepalang sebab tak sabar-sabar dah si kecik tu nak meja study. 9.40 pagi settled semua, perabot dah dihantar tapi kena pasang sendiri. Normal lah kan bila beli perabot online, kena pasang sendiri. Saya cuma berharap kualitinya baguslah macam perabot yang dibeli di kedai.

Akhirnya....puas lah hati si adik dapat meja study yang sama sebijik macam abangnya. Dan kualitinya? Memang puas hati, sebijik macam perabot di kedai. Kami suspect kedai pun beli dari company yang sama ni dan jual lebih mahal hehehe :p


Meja abang

Meja adik

Itulah ceritanya pun, takdelah pelik mana pun kan hihi. Saya yang rasa pelik sebab pada awalnya tak percaya yang kualiti perabot online Lazada sama dengan kualiti perabot di kedai. Dan yang lagi pelik sebab harganya rendah 50% daripada harga di kedai.

Pelik tapi benar dengan LAZADA

Comments

  1. cantik meja adik.. tersenyum lah adik lepas nih dapat meja baru...heheh

    ReplyDelete
  2. Cantik mejanya. Kemas dan tersusun. Memang pun di Lazada jauh lebih murah dari kedai. Cuma kena pasang sendiri la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Kin ...lazada lagi murah rupanya...tak percaya saya nak beli perabut sebelum ni hehe

      Delete
  3. wow
    besar meja study
    bagus2
    selesa nak belajar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. penuh dah dengan barang2 dia...si kecik ni suka buat krastangan...macam2 dia nak buat sendiri hehe

      Delete
  4. salam ziarah... cantik meja dia..seronok la si adik dpt meja sama ngan abang.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ziarah Julie....aah tu lah suka sgt dia :)

      Delete
  5. betul memang pelik....tapi online ni lebih murah biasanya...lagi pelik bila online lebih mahal

    ReplyDelete
  6. Mrs. A pun selalu akan compare harga barang yang sama nak beli kat luar dengan Lazada dulu tapi selalunya harga Lazada lebih murah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts