2019

Seakan sedikit sentimental akhir tahun ini. Akhir tahun 2019. Seperti 20 tahun yang lalu bila kita akan tinggalkan 1999 menginjak ke tahun 2000.
Cepat masa berlalu. 5 tahun akan datang, 10 tahun, 20 tahun, menjelang 2030 di mana agaknya kita. Itu semua rahsia Allah.

Bagi saya, tahun 2020 akan menjadi tahun yang mencabar. Anak-anak akan berdepan dengan exam penting. Boss baru mungkin akan membawa perubahan dan expectation baru. Apa-apa pun, pastinya kita semua mengharapkan yang baik-baik sahaja untuk hari mendatang.

Yang bermula pasti berakhir. Tahun cuma angka. Pengalaman dan kenangan moga terus menjadi pedoman. 


Terima kasih 2019!

Comments

Post a Comment

Popular Posts