20 cara mencapai impian tahun 2022
Bayangkan kita dalam perlumbaan larian. Tiba-tiba tersadung dan terjatuh. Pelumba yang lain telah mula meninggalkan kita. Antara berusaha bangkit dan teruskan larian untuk menang atau mengaku kalah sahaja, yang mana lebih mudah?
Paling
senang, mungkin mengaku kalah. Namun orang yang mempunyai matlamat akan terus
bangun untuk habiskan larian ke garisan penamat walaupun dia tahu dia tak akan
menang. Kerana dia tahu kegigihan semangatnya penting untuk perlumbaan akan
datang.
Bayangkan
sekiranya J.K Rowling mengalah selepas karyanya ditolak oleh beberapa penerbit
bertahun-tahun, pasti tidak muncul karya sehebat Harry Potter. Mana mungkin
kita dapat menikmati Starbucks sekiranya Howard Schultz mengalah selepas
permohonan pembiayaan kewangannya ditolak oleh bank lebih daripada 200 kali.
Bayangkan sekiranya Walt Disney mengalah selepas konsep taman temanya ditolak
oleh lebih 300 pelabur.
Steve
Jobs menghasilkan jenama ikonik Apple hanya di garaj rumah setelah dibuang
kerja. Michael Jordan yang merupakan lagenda basketball juga pernah
kalah beratus kali. Albert Einstein juga pernah mengatakan “Orang yang tidak
pernah gagal tidak akan berjaya”.
Cuba kita
lihat di antara perbezaan ciri-ciri orang yang menang dengan orang yang kalah:
- Orang yang kalah gagal
     sekali dan mengalah; Orang yang menang gagal berkali-kali tetapi tetap
     bangkit sehingga menang.
 - Orang yang kalah mengejar
     kejayaan di hujung garisan; Orang yang menang menikmati kejayaan di
     sepanjang perlumbaan.
 - Orang yang kalah bekerja
     untuk ganjaran; Orang yang menang berusaha untuk membuat perubahan.
 - Orang yang kalah membeli
     material; Orang yang menang membina material.
 - Orang yang kalah cepat putus
     asa mencari jawapan; Orang yang menang suka bertanya soalan untuk mencari
     jawapan.
 - Orang yang kalah gemar
     bercakap; Orang yang menang berkomunikasi.
 - Orang yang kalah
     mengharapkan hasil; Orang yang menang menyediakan diri untuk sebarang
     kemungkinan.
 - Orang yang kalah hanya
     melihat masalah; Orang yang menang mencari penyelesaian.
 - Orang yang kalah ingin lebih
     daripada orang lain; Orang yang menang membantu orang lain mendapat
     kebaikan.
 - Orang yang kalah mengikut
     acuan kejayaan orang lain; Orang yang menang membuat acuan sendiri.
 - Orang yang kalah hendak
     cepat menang besar; Orang yang menang menghargai sekecil-kecil kejayaan.
 - Orang yang kalah lari dari
     kekecewaan; Orang yang menang mengatasi kekecewaan.
 - Orang yang kalah hidup dalam
     masa silam; Orang yang menang belajar dari pengajaran masa silam.
 - Orang yang kalah merasakan
     diri sendiri hebat; Orang yang menang sentiasa rasa masih banyak yang
     perlu dipelajari.
 - Orang yang kalah sering
     berkata “Ini bukan salah saya”; Orang yang menang mengaku apabila
     melakukan kesilapan.
 - Orang yang kalah tiada masa;
     Orang yang menang mencipta masa.
 - Orang yang kalah cuba
     mencari kelemahan orang lain; Orang yang menang belajar daripada kelebihan
     orang lain.
 - Orang yang kalah berkata
     “Hanya ini caranya”; Orang yang menang berkata “Pasti ada cara lain yang
     lebih baik”.
 - Orang yang kalah sentiasa
     ada alasan; Orang yang menang sentiasa ada perancangan.
 - Orang yang kalah rasa
     mustahil; Orang yang menang rasa boleh walaupun sukar.
 
Pilihan
di tangan kita, sama ada ingin terlalu mudah mengalah atau melihat mimpi menjadi
realiti. Kata orang mimpi itu percuma, jadi apa salahnya bermimpi. Mimpi
diterjemahkan menjadi impian bila ada perancangan dan dan akhirnya tindakan.
Untuk jadi pemenang, jadikan ciri-ciri orang yang menang sebagai inspirasi.
Ingat! Hargai walau sekecil-kecil kemenangan.
“Berhati-hati
dengan apa yang kita fikirnya, ianya menjadi kata-kata.
Berhati-
hati dengan kata-kata, ianya akan menjadi tindakan.
Berhati-hati
dengan tindakan, ianya akan menjadi kebiasaan.
Berhati-hati
dengan kebiasaan, ianya akan menjadi sikap.
Berhati-hati
dengan sikap, ianya akan menjadi takdir.”
Kalau boleh biar semuanya menang menang
ReplyDeleteHehe.. Betul tu :p
Deleteterbaikk.. semoga tahun baru nie semua yg baik2 milik kita
ReplyDeleteAaminn.. InsyaAllah :)
DeleteTerima kasih untuk perngkongsian ni kak. Semoga yang terbaik tahun baru ni. Aaminn...
ReplyDeleteAaminn.. InsyaAllah :)
DeleteBetul sangat. Jangan sesekali menyerah kalah - give up!. Bila kita give up, sampai bila-bila pun kita tak kan dapat apa yang kita nak
ReplyDelete