nota iklan

Friday, 13 February 2015

Apakah tujuan hidup?

Umum sudah tahu.
Betapa sendunya hari Jumaat ini.
Pemergian seorang tokoh agama merangkap pemimpin yang mempunyai keperibadian zuhud.

Dunia bukanlah tujuan hidupnya.
Segala tindak tanduknya adalah persediaan bagi negeri abadinya.

Pemergian Allahyarham Datuk Nik Aziz membuat saya tersentak.

Betapa beruntungnya beliau.
Perginya di malam Jumaat yang mulia.
Pada usia 84 tahun di mana usianya telah dimanfaatkan buat agama.
Kehilangannya dirasai.

Lalu saya terfikir bagaimana agaknya pengakhiran saya?

Mana mungkin cukup dengan hanya berfikir dan risau.
Perlu ada usaha membuat persediaan.

Kerana bak kata Allahyarham Datuk Nik Aziz, bila-bila masa saja kita boleh dijemput pulang...




5 comments:

  1. kehilangan yang amat dirasai oleh Malaysia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Farah...semoga kita dapat mengambil sedikit sebanyak apa yg pernah dipesan oleh Tok Guru...

      Delete
  2. Kehilangan yg tiada galang ganti.semoga tuan guru tenang disana..

    ReplyDelete
  3. kehilangan yang dirasai oleh semua.... semoga TGNA mendapat tempat sebaik-baiknya di sana.inshaallah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...