Yang Dirindui
Bila dah lama tak mampu memperuntukkan sedikit masa untuk ekspressi diri di blog sendiri, pelbagai rencam rasanya. Rindu itu pasti. Ilham nak menyusun bait2 kata pun dah merajuk, hilang kerana lama diabaikan. Salah sendiri kerana tak pandai bahagi masa. Tapi ada perasaan lain yang bukan kali pertama saya rasakan. Ada rasa rindu pada rakan-rakan blogger yang lama tak disantuni. Maafkan saya. Tak pernah bertentang mata, bersua muka, mahupun saling menyapa. Tapi persahabatan itu istimewa.Saya doakan semuanya sentiasa bahagia dan gembira.