Mind Like Water
"Empty your mind, be formless. Shapeless, like water. If you put water into a cup, it becomes the cup. You put water into a bottle and it becomes the bottle. You put it in a teapot it becomes the teapot. Now, water can flow or it can crash. Be water my friend."
- A quote from Bruce Lee-
Bayangkan hidup kita ni macam laut yang luas. Kadang-kadang airnya tenang, memantulkan langit biru yang cerah. Tapi ada juga masa bergelora, ribut datang, ombak besar. Dalam semua situasi ni, cuba bayangkan diri kita macam air laut yang tenang - "Mind Like Water". Bayangkan kita duduk tepi tasik yang tenang. Bila ada orang baling batu, airnya berkocak sekejap, lepas tu kembali tenang. Itulah konsep "Mind Like Water". Bila kita tahu macamana nak balik ke keadaan tenang lepas apa-apa gangguan, kita jadi lebih kuat.
Falsafah ini datang dari seni mempertahankan diri kuno, di mana kita hanya respon kepada apa yang perlu, kemudian kembali tenang tapi tetap peka dan bersedia untuk apa-apa yang mendatang. Dalam seni mempertahankan diri macam karate, "Mind Like Water" ni sangat penting. Para guru karate kuno selalu mengingatkan, apabila bertindak balas terhada serangan, tindak balas harus seimbang dengan serangan diterima. Selepas itu minda kembali tenang, macam air, berkocak sekejap sahaja.
Ada satu lagi konsep yang menarik dan berkait rapat iaitu - Zanshin. Dalam seni memanah Jepun atau kyudo, zanshin adalah saat semasa kita melepaskan anak panah. Ia melambangkan kesedaran penuh dalam setiap tindakan tanpa terlepas pandang dan terburu-buru. Bukan sekadar menarik dan melepaskan anak panah, tapi benar-benar merasai setiap detik dan hadir dalam momen itu. Dalam seni kaligrafi Jepun atau shodo, zanshin adalah saat semasa berus diangkat dari kertas dengan sempurna, tanpa rasa tergesa-gesa atau terganggu. Hadir, fokus dan melakukan setiap perkara dengan sepenuh hati.
Dalam hidup, kita selalu rasa risau tentang perancangan, nak banding, nak kawal segala-galanya. Dalam hidup ni, stress tak boleh dielak. Kerja banyak, masalah datang bertimpa-timpa, hal kecil pun boleh jadi besar. Tapi zanshin mengingatkan bahawa keindahan hidup terletak pada penerimaan dengan penuh kesedaran.
"Mind Like Water" ajar kita fleksibiliti, manakala "Zanshin" ajar kita untuk hadir dan fokus sepenuhnya dalam setiap tindakan. Dua falsafah ini ibarat dua sisi pada satu syiling. So, bila dunia ini rasa macam terlalu menekan, cuba tarik nafas, rileks dan hadapi hidup dengan tenang.
Everything will fall into place, as long as we stay calm and present. Pick your battles wisely. Any storm will pass.
Comments
Post a Comment