Secawan Kopi di Pulau Jeju

Pagi yang tenang di Pulau Jeju, berdekatan Seongsan Ilchulbong, tempat yang selalu jadi spot orang tengok matahari terbit. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut, lepak sekejap kat sebuah kafe tepi pantai. Kafe ni kecil sahaja tapi vibe cozy. Dinding kaca kafe bagi view terus ke laut yang terbentang luas, dengan ombak perlahan menghampiri pantai. Sambil duduk santai, bau kopi segar mula menyapa hidung. Ada sesuatu tentang bau kopi yang buatkan hati rasa tenang, macam semua masalah dalam dunia ni hilang sebentar. Macam dah lama tak rasa tenang macam ni.

Pesan secawan Latte. Tak perlu yang fancy sangat, cukup dengan something simple yang boleh dinikmati dalam diam. Tak lama lepas tu, pelayan datang hantar kopi dengan satu senyuman. Kopi dalam cawan seramik putih, nampak minimalis, tapi ada sentuhan seni - macam setiap cawan kopi ada cerita tersendiri.

Hirup perlahan. Panas kopi tu rasa perfect, tak terlalu pahit, tak terlalu manis. Macam balance yang dicari dalam hidup. Sambil minum, mata leka memerhati orang lalu-lalang di luar kafe. Ada pasangan berjalan sambil pegang tangan, ada sekumpulan kawan bergelak sakan sambil ambil gambar, dan ada solo traveler yang nampak deep in thought, mungkin tengah cari makna hidup kat Jeju ni.

Momen minum kopi ni somehow beri ruang untuk reconnect dengan diri sendiri. Momen yang simple je - secawan kopi,  detik sunyi yang diluangkan dengan diri sendiri,  sambil tengok laut terbentang luas kat Jeju ni. Momen yang selalu terlepas sebab sibuk sangat dengan hiruk pikuk dunia. 

Di satu sudut, ada bookshelf kecil yang penuh dengan buku-buku tentang travel dan art. Ambil sebuah buku, selak beberapa halaman sambil hirup kopi. Tiba-tiba terjumpa satu quote yang berbunyi "Life is not about finding yourself, Life is about creating yourself." Betul jugak. Mungkin hidup ni tak sepatutnya tentang mencari siapa kita, tapi tentang mencipta siapa kita nak jadi.

Masa ni, kopi yang diminum jadi lebih dari sekadar minuman. Ianya jadi refleksi hidup - pahit yang kita terima, manis yang kita cari dan balance yang kita perlu. Kopi tu, dengan setiap hirupan, seolah-olah bercerita tentang kehidupan. Tentang macam mana dalam dunia yang serba laju ni, penting untuk berhenti sekejap untuk appreciate benda-benda kecil.

Lepas beberapa ketika, habiskan kopi dan keluar dari kafe dengan hati yang lebih ringan. Jeju adalah sesuatu yang tak boleh beli dengan duit - ketenangan. Rupanya hidup ni kadang-kadang tak perlu jawapan besar. Mungkin jawapan tu ada dalam secawan kopi, dalam detik sunyi yang kita luangkan untuk diri sendiri dan dalam peluang untuk slow down, appreciate apa yang ada di depan mata.

Gambar sekadar hiasan


Comments

Post a Comment