Skip to main content

Di kesempatan yang tersisa...

Ini ialah nota peringatan untuk diri saya sendiri:


Jeritan bunyi alarm telefon bimbit kedengaran...membingitkan telinga di kala dinihari
Dengan mata yang terpisat-pisat dan rasa mengantuk yang belum hilang, lantas alarm dimatikan
Hasrat hati tentunya ingin menyambung tidur...badan pun masih terasa letih
Namun...aduhai, hasrat terpaksa dibatalkan lantas teringatkan baju-baju yang perlu digosok untuk ke tempat kerja....digagahkan juga bangun untuk membuat persiapan suami, diri sendiri dan anak-anak...



mmmm....bagus kan kalau dapat solat sunat dua rakaat dan mungkin membaca al-quran sebaris dua..
ohhhh...tapi takut tak sempat pula nanti..
lantas terus meneruskan menggosok baju dan membuat persiapan



azan subuh sudah kedengaran...cepat-cepat menyiapkan anak yang ingin ke sekolah
solat subuh dua rakaat pun dirasakan panjang apabila hati teringatkan van sekolah yang akan datang pada bila-bila masa...sementelah lagi bila waktu subuh masuk agak lewat sedikit
al-ma'thurat? aduh...lama sudah tidak mampu dibaca memandangkan masa yang agak suntuk terkejar-kejar di waktu pagi



di pejabat banyak tugasan...mesyuarat, perbincangan....seperti tidak sedar masa berlalu
sedar-sedar sudah masa untuk makan....berduyun-duyun pula ke tempat makan sambil membincangkan pelbagai isu...
pelbagai luahan perasaan dinyatakan, keluh kesah tak lupa juga segala kesulitan dan cabaran
sedar-sedar masa telah berlalu, tinggal 10 minit saja lagi sebelum habis masa rehat, pukul 2 perlu mulakan tugasan
solat zohor cuba dilakukan sebaik mungkin, namun kadangkala mungkin sedikit tergesa-gesa bila tiba-tiba tersedar yang ada mesyuarat lain pula bermula pukul 2 petang..



bila petang menjelma, mula pula berkejar-kejar untuk pulang ke rumah
hati tidak tenang memikirkan kesesakan lalu-lintas, apatah lagi jika anak-anak asyik menelefon bertanya bila akan pulang
tergesa-gesa pula solat asar....kadangkala hati tidak tenang memikirkan apa yang perlu dimasak malam nanti, anak pula perlu dihantar ke tuisyen atau mengaji seawal jam 8 malam
al-ma'thurat jarang sangat dapat dibaca....



dalam kesibukan memasak dan mengemaskan keperluan keluarga pula, tergesa-gesa pula menunaikan solat maghrib, solat berjamaah cuba diamalkan semampu mungkin...ya semampu mungkin
al-quran sebaris dua? kadang-kadang sahaja kerana selalunya perlu pula tergesa-gesa dengan urusan makan malam dan kerja-kerja rumah...



isyak pula menjelma...badan pun sudah letih, mata pun berat sungguh hendak dibuka
dalam kepayahan dan keletihan solat isyak ditunaikan...
hati mungkin sudah terbayang-bayangkan tilam dan bantal untuk melelapkan mata....



mmm begitulah rutin-rutin seharian...
mengapa begitu banyak tugasan yang perlu dilakukan berbanding masa yang ada?
rasanya sudah terkejar-kejar...mengejar masa yang sering hilang
aduhaiii...kadang-kadang rasa seperti tidak mampu lagi mengejar masa yang berlalu...
mengapa cepat sangat berlalu wahai masa?



bila difikir-fikirkan dengan mata hati...akal, ilmu dan pengetahuan...
seperti tidak mampu....ya memang tidak mampu mengejar dan terus mengejar masa yang seperti mencemburui setiap langkah dan tindakan
masa wahai masa...memang bukan milik kita rupanya
masa milik Allah...sedarlah wahai diri yang sering alpa dan lupa
masa milik Yang Maha Esa, dikurniakan, diberi pinjam kepada kita untuk mengingati-Nya, untuk beribadah kepada-Nya, untuk menjadi khalifah-Nya di muka bumi ini....
masa yang kita ada hanya untuk Allah yang Maha Esa...ibadah ikhlas kerana Allah, kerja perlu kerana Allah, berbakti kepada ibu-bapa, keluarga, masyarakat, agama dan negara hanya kerana Allah jua...
ikhlaskan dan tetapkan hati....segala-galanya hanya untuk Allah jua
bukan untuk kepentingan diri, harta dan dunia semata-mata
berdoa dan terus berdoa agar keberkatan masa itu boleh menjadi milik kita
mohonlah kepada yang empunya masa dan yang memberi keberkatan masa itu...
mohonlah kepada Allah yang Maha Esa....



kita memang tidak cukup masa....
manfaatkan, sebelum kita akan pulang menemui Pencipta




Comments

  1. Ye Linda..
    Cepat benar waktu berlalu..
    Semakin dikejar..
    Semakin jauh dia meninggalkan kita..
    Bertanya pada diri..
    Apa yg telah dilakukan dalm masa 24jam..
    Semoga kebaikan jua yg kita lakukan..
    Supaya tidak menjadi pertanyaan di sana kelak.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mulakan hari dengan senyuman :-)

Assalamua'laikum Selamat Sejahtera Selamat Pagi Salam Ceria
Semoga hari ini kita mampu memulakan hari dengan sebuah senyuman dan berlapang dada serta hati yang bersih dan berfikiran positif walaupun dengan seribu kepayahan, kesukaran dan masalah yang berlegar2 di sekeliling kehidupan kita. Ya, kita takkan mampu menghalang seribu dugaan, rencam dan ragam kehidupan...yang kita mampu lakukan hanyalah menukar cara kita menilai dan menghadapinya... 
Ya Allah, berilah kami ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehidupan ini...Amin


Today, give a stranger one of your smiles.  It might be the only sunshine he sees all day.  ~Quoted in P.S. I Love You, compiled by H. Jackson Brown, Jr.
People seldom notice old clothes if you wear a big smile.  ~Lee Mildon
The world always looks brighter from behind a smile.  ~Author Unknown
Life is like a mirror, we get the best results when we smile at it.  ~Author Unknown
Smiling is infectious,
You can catch it like the flu.
Someone smiled at me today,
And I starte…

Kisah pelik tapi benar dengan Lazada

Ceritanya pada bulan Dis 2017, anak perempuan saya teringin sangat nak beli meja study yang sama sebijik dengan abangnya.
 Dah puas merata cari yang lain tapi tetap nak yang sama jugak sebijik huhu :p
Macam ni lah rupanya.

Bila pergi semula ke tempat yang kami beli dulu di Subang Jaya, memang ada stok tapi harganya boleh tahan jugak dah mencecah RM1000 ++.
Rasanya masa beli dulu dalam 2 tahun lepas, harganya murah lagi.
Puas jugak keluar masuk kedai perabot nak cari yang sama atau lebih kurang sama tapi encik suami tak puas hati sebab tak berbaloi dengan kualiti katanya. Saya pun tak arif sangat pasal kualiti perabot ni, pada saya asalkan cantik dan sesuai dengan ruang dah ok sangat lah tu.
Encik suami kata perabot sekarang harapkan mahal je tapi kebanyakannya cuma compressed wood bukannya solid wood. Errkk..apa pulak tu, kata hati saya. Tapi buat-buat je macam faham. Tapi memang tak dinafikan kayu meja study yang kami beli untuk si abang memang nampak kuat dan tiada lapisan laminate…

Khalifah Model School (Secondary)

Subhanallah....tak sangka! itulah ungkapan pertama saya ketika mengetahui tentang perkara ini...

saya sebenarnya telah maklum tentang khalifah method institute ini sejak saya masih lagi di tahun akhir pengajian saya di sebuah universiti tempatan.... dan kebetulan salah seorang daripada pensyarah saya juga amat aktif dalam aktiviti2 khalifah method institute...

maklumat yg saya ada pada waktu itu hanyalah sedikit sebanyak tentang pengasasnya iaitu seorang pakar psychology berbangsa Amerika (kalau tak silap) yang telah memeluk agama Islam...

sebuah sekolah rendah di ampang telah beroperasi menggunakan kaedah khalifah ini...dan tidak sangka rupanya sebuah sekolah menengah juga telah dibuka!

saya dapat ini dari blog Ustaz Hasrizal yang juga merupakan salah seorang drpd board of directors!



saya pernah juga post tentang khalifah method ini dalam entry terdahulu di sini ...di mana saya merungut seringkali tidak dapat mengikuti seminar yg diadakan oleh khalifah institute....hehe

tapi Alhamdul…