nota iklan

Monday, 12 October 2015

Kuasa Kata-Kata

Perkataan yang kita gunakan rupanya boleh menjadi lebih berkuasa daripada apa yang dapat kita bayangkan.

Apa kata kita cuba gunakan kata-kata untuk mengubah keadaan kita, bukan setakat untuk menggambarkannya.

Cuba lakukan ini:
Pertama, jika orang menyapa, "Apa khabar?"
Daripada menjawab dengan jawapan yang biasa seperti "Khabar baik", "Bolehlah...sihat", cuba kita bertindak balas dengan kekuatan atau tenaga. 
Beri mereka jawapan yang bersemangat.  Contohnya, "Great!" atau "amat hebat!" Alhamdulillah.

 Secara tidak langsung kita pasti akan tersenyum. Kalau tak senyum simpul, senyum kambing pun jadilah. Bukankan senyum itu sedekah? Dan petua untuk nampak muda ceria sentiasa…

Kedua, kita mungkin akan merasa tindak balas fizikal seperti lebih bertenaga dan bersemangat. 

Ketiga, kata-kata kita akan menghantar mesej kepada minda terutamanya minda separa sedar yang akan konsisten dengan perasaan yang hebat! atau amat hebat! tersebut.

 Untuk melihat keputusannya, tentu sekali kita perlu melakukan ini dengan lebih kerap dan dengan semangat yang ikhlas.  Fikiran bawah sedar kita akan mula bertindak ke atas apa yang kita katakan dan mula mereka bentuk realiti agar konsisten dengan pemikiran dan kata-kata. 

Seperti arahan Yoda dari Star Wars kepada Luke Skywalker; "Do or do not. There is no try."

 Bercakap dengan semangat dan energi juga akan mewujudkan rasa tanggungjawab dan komitmen untuk mendapatkan yang terbaik daripada diri sendiri dan orang lain. 

Bagaimanapun, cabaran bagi diri kita adalah untuk mengelak daripada menggunakan kata-kata yang dipanggil power killers”

Hapuskan kata-kata ini dari perbendaharaan kata kita:

Saya tidak boleh (I can’t)
Jika (If)
Keraguan (Doubt)
Cuba (Try)
Saya tidak fikir (I don’t think)
Saya tidak mempunyai masa (I don’t have the time)
Mungkin (Maybe)
Saya takut (I’m afraid of)
Saya tidak percaya (I don’t believe)
Itu mustahil (It’s impossible)

Meninggalkan kata-kata ini sahaja tidak mencukupi. 
A sports team needs more than just a good defense to win; it also needs a powerful offense. 
Jadi, umpamanya, kita perlu gerakkan serangan kita dengan kata-kata yang kita pilih.

Gunakan kata-kata yang dipanggil power builders ini bagi membina hubungan mental dan komitmen yang positif:

Saya boleh (I can)
Saya akan (I will)
Mengharapkan yang terbaik (Expect the best)
Komited (Commit)
Saya tahu (I know)
Saya akan adakan masa (I will make the time)
Positif (Positively)
Saya yakin (I’m confident)
Saya percaya (I do believe)
Tidak ada yang mustahil (All things are possible)

Pilihlah kata-kata yang terbaik bagi mengeluarkan yang terbaik dari dalam diri kita dan juga orang lain. Kuasa tindakan kita didahului oleh kuasa kata-kata kita.

Kata-kata itu adalah DOA.

7 comments:

  1. Alhamdulillah, positif sungguh Linda :)

    ReplyDelete
  2. Setuju.
    Minda yg positif,akan mencetuskan keluarnya hormon2 positif...seterusnya badan akan dlm keadaan bersedia bertindak.
    Dan dalam agama pun, kita di anjur utk bersangka baik dgn Allah.

    ReplyDelete
  3. kata2 positif pasti meransang minda

    ReplyDelete
  4. semoga kata-kata positif sentiasa mengelilingi kita
    menarik aura postif

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...