nota iklan

Thursday, 25 February 2016

Mistik dan Estetik

Saya tak sabar menunggu.
Menunggu pesanan saya sampai.
Menunggu untuk di bawa ke alam mistik dan estetik.
Alam Biblioholisme (Biblio + Holism)

Description daripada BookCafe

"Buku yang hebat merupakan bahan bacaan yang mampu mempengaruhi manusia dan zamannya, benar-benar mengusik dan menyentuh jiwa, serta berupaya memaknakan hidup pembaca.  Sejarah juga membuktikan buku mempunyai magis luar biasa yang mampu mengalirkan air mata manusia, mencetuskan keceriaan, menimbulkan kegembiraan, bahkan menggerakkan proses penentangan terhadap ketidakadilan.
Biblioholisme: Menelurusi Pesona Dunia Buku dan Pencintanya mendedahkan kehebatan sebuah buku dan bagaimana ia mampu mengubah pencintanya menjadi orang yang hebat, berintelek dan dihargai masyarakat. Buku yang dibaca juga mampu menyelesaikan pelbagai masalah, malah banyak individu yang bermula sebagai orang biasa akhirnya menjadi manusia unggul dengan hanya membaca buku.
Buku ini juga membawa pembaca ke sebuah dunia yang penuh mistik dan estetik; dunia biblioholisme."



Antara ciri-ciri Biblioholisme yang saya ada (berdasarkan test yang dibuat oleh Tom Raabe; penulis buku Biblioholisme):

1) Tak boleh ingat berapa banyak buku yang dah beli dan berapa banyak duit yang dah habis untuk beli buku (termasuk buku-buku yang masih lagi tak habis baca walaupun dah berzaman beli!)

2) Suka cium buku (OMG....ini memang bad habit saya yang paling tak boleh nak tahan).

3) Pegi mana-mana shopping mall, wajib pegi kedai buku.

4) Beli buku semata-mata sebab ada sale.

5) Tengok TV pun suka pegang buku walaupun tak baca (feeling2 rasa bersalah sebab dah beli banyak lah tu..huhu)

6) Ada buku kat tepi katil (atas meja pejabat, rak pejabat, beg keje...walaupun dapat baca sikit2 atau langsung tak baca pun..haishhh gaya je lebih)

7) Pernah kena marah dengan mak masa sekolah dulu sebab asyik habiskan duit beli buku.

8) Pantang nampak buku, mesti nak belek, nak beli, nak cium

9) Kadang-kadang beli buku semata-mata sebab nampak buku tu menarik....mmmm



Oklah, tak sabar nak tunggu Mr Pos Laju hantar buku Biblioholisme tulisan Shaharom Sulaiman.

Mungkin kah betul saya akan berada di alam mistik dan estetik? 

2 comments:

  1. Salam berblogging... sejak wujudnya gadget, saya dah kurang baca buku dan novel. Tp sesekali kelapangan tu, seronok juga dpt duduk baca... lain perasaan baca buku ni kan...

    ReplyDelete
  2. Pelik pulak rasanya sebab saya pun ada hampir separuh daripada ciri-ciri yang disenaraikan :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...