Sekadar berkongsi pendapat

Hebat konvokesyen anak2 seawal darjah 6 sekarang. Zaman 80an dulu, cukup dengan bersalaman, bertukar alamat rumah untuk mengutus surat dan bertukar catatan di buku autograf buat kenang-kenangan. Sampai sekarang masih tersimpan elok selepas lebih 20 tahun. Tanpa upacara gilang-gemilang pun kita mampu menyimpan kemas-kemas kenangan indah, menyemat ajaran dan tauladan menjadi jati diri dan nilai yang dibawa untuk menjalani masa depan yang masih panjang. InsyaAllah. 


Comments

  1. Hurm.. Isu konvo ini makin panas diperkatakan skrg ini.. Tapi tak semua sekolah rasanya buat macam tu.. Ada yang masih bersederhana.. Cuma gitulah, yang buruk tu cepat sikit viralnya.. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts