Mencari Ramli 2?

Pernah dengar tak tentang Mencari Ramli? 




Mencari Ramli adalah program pencarian bakat bola sepak paling berpotensi, dalam usaha menaikkan mutu bola sepak Malaysia yang digerakkan oleh minat dan semangat tinggi peminat-peminat bola sepak seluruh Malaysia. Musim pertama Mencari Ramli pada tahun 2012 telah mencungkil bakat 30 pemain Sekolah Sukan Bukit Jalil, di mana seorang pemenang telah diambil untuk menguatkan jentera pasukan bawah 21 tahun Harimau Muda dan seorang lagi finalis telah diterbangkan untuk menggalas tugas sebagai penyerang pasukan bawah 17 tahun kelab bola sepak U.S Arezzo di Itali.

Mencari Ramli Musim 2 adalah sorotan program musim pertama, namun kali ini program ini akan dikembangkan kepada pencarian bakat ke seluruh negara menerusi acara-acara ujibakat di dua belas lokasi. 30 pemain berbakat akan disenarai pendek untuk ke pusingan akhir, di mana seorang pemenang akan dipilih oleh panel hakim dan seorang lagi pemenang menerusi undian umum. Peluang menjalani latihan bersama Sekolah Bola Sepak Manchester United dan menjejakkan kaki di Old Trafford bakal menjadi rebutan, di samping peluang untuk beraksi bersama kelab bola sepak Inggeris atau Itali.

Team Malaysia menjadi penggalas arena sukan negara yang menyatu dan menginspirasi seluruh rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk menjadi atlit bertaraf dunia. Team Malaysia adalah pasukan peminat sukan dari seluruh negara yang disemarakkan oleh semangat dan minat terhadap apa jua sukan di Malaysia. Berpegang kepada semangat kesukanan ini. Team Malaysia dengan bangganya membawakan Mencari Ramli, dengan harapan menaikkan mutu bola sepak Malaysia. 


Mencari Ramli: Musim II (“Pertandingan”) ini merupakan sebuah pertandingan berbentuk uji bakat bagi mencari pemain bolasepak handalan dalam lingkungan usia 13 – 16 tahun (lahir pada tahun 1997 hingga tahun 2000) bagi merebut gelaran Ramli sekaligus berpeluang memenangi hadiah lumayan berupa lawatan ke United Kingdom (London & Manchester United) untuk mengikuti program latihan bolasepak di Manchester United Soccer School selama dua minggu. Pemenang utama bagi Pertandingan ini akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa tajaan biasiswa selama tiga (3) tahun di Akademi Bolasepak Frenz United. 
Program ini di anjurkan oleh Telekom Malaysia (Nombor Pendaftaran Syarikat. 128740-P) (“TM”) dengan kerjasama Akademi Bolasepak Frenz United dan Persatuan Bolasepak Malaysia selaku badan induk bolasepak di Malaysia. Pertandingan ini akan berlangsung dari 1 Februari hingga 27 Mei 2013.

Borang permohonan boleh dapat kat SINI

Peluang menarik ni....tapi anak saya disqualified sebab baru berumur 10 tahun...

Buat masa ini, dia tengah busy dengan pertandingan taekwando....good luck anakku !



Comments