Bebaskan diri!

Satu-satu ayat itu saya baca
Saya teliti dan saya hayati
Damn! Kata hati
Sungguh tidak adil! Ketidakpuasan hati menjeruk rasa
Apakah dia buta untuk melihat apa yang telah saya lakukan?
Langsung tidak menghargai sumbangan saya untuk jabatan ini?
Pelbagai tanggapan dan soalan mula menerpa

Memang!
Saya rasa tidak puas hati
Marah dan mungkin juga merajuk
Aduhai...apa lagi agaknya yang mereka mahu saya lakukan?!

Saya rasa banyak pengorbanan telah saya lakukan demi kerja dan tanggungjawab
Sehingga kadang kala kurang masa bersama keluarga
Namun mereka seperti tidak pernah menghargainya

Tiba-tiba kata akal mula berbicara
Buat apa saya ikut kata hati...kelak boleh mati
Buat apa saya ikut kata rasa...kelak boleh binasa
Siapakah mereka?
Bukankah mereka itu manusia yang tidak sempurna seperti saya juga
Lantas mengapa saya perlukan penghargaan daripada mereka itu?!
Bukankah semuanya yang kita lakukan adalah kerana Allah
Hatta apapun yang kita lakukan seharian
Bukankah hanya semata-mata mencari redha Allah?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” 
– Surah At-Taubah ayat 129

Aku pasrah ya Allah...


credit to FB dan IG mencaridamai

Comments

  1. Orang tua2 dulu berkata... Ikut hati mati... ikut rasa binasa... adakalanya itu bisikan syaitan semata-mata. InsyaAllah, ada ganjarannya di akhirat kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sweetie ;) Insyaallah...amin...hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui kann...

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih sbb sudi singgah....kalau boleh teringin juga nak jadi WAHM tapi saya mmg serius x pandai jual brg hehe ;)

      Delete

Post a Comment