Jentik sikit!
Assalamua'laikum
Salam Sejahtera
Apa khabar?
Semoga yang indah-indah sahaja semuanya.
Lama tak memaksa diri menulis. Biasalah sebagai manusia, macam-macam alasan akan diberikan. Bak kata orang lama-lama, Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih.
Seringkali kita perlukan motivasi. Sama ada motivasi dalaman mahupun luaran.
Kalau tak, boleh jadi statik. Beku dan kaku.
Sesekali kena jentik sikit. Keluar dari rasa selesa. Tersedar dari lamunan indah, paling parah kalau lamunan palsu.
Teruskan memasang impian. Ada orang kata, orang yang tak pernah mengharap tak akan kecewa. Tapi hidup tanpa impian macam tiada warna.
Jangan pinggirkan apa yang kita minat. Walaupun sibuknya hidup tak dapat kita elakkan. Jangan sesekali lupa apa yang boleh buat kita rasa bahagia.
"Aku menulis bukan kerana nama
Hanya kerana menyatakan kasih sayangku
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan"
Selamat berkarya
ReplyDelete#jmbelog
Saya suka baca penulisan akak. Comel gambar kartun tu. harap terus menulis :)
ReplyDeleteSaya follow sini ya kak
Terima kasih byk2 Fifie, sudi singgah dan follow. Blog awak pun best sangat, byk info berguna dan penuh inspirasi :-)
Delete