Disember : masa untuk spring cleaning!

Alhamdulillah. Berjumpa kita dengan bulan Disember 2019.
Bulan yang boleh dianggap melegakan bila sasaran kerja tahunan dah tercapai. Kanak-kanak seronok sebab cuti sekolah, ibu ayah seronok sebab boleh berehat daripada rutin harian menguruskan anak-anak ke sekolah. Ofis pun lengang bila ramai yang ambil cuti. Biasanya jalan raya turut lengang. Cuma tahun ini agak tiada perbezaan, jalanraya masih sesak, mungkin ramai yang belum bercuti.

Shopping complex akan mula sesak dengan keluarga yang sibuk membeli kelengkapan untuk naik tahun baru terutamanya kelengkapan sekolah. Tempat-tempat peranginan akan meriah dengan pengunjung. 

Dan biasanya akhir-akhir tahun begini, saya akan mula fikirkan tentang mengemas atau lebih tepat lagi mengasingkan dan membuang barang-barang yang tidak lagi diperlukan. Baju anak-anak yang tidak muat, atau baju-baju sendiri dek kerana pertambahan ukur lilit badan. Barang-barang yang dah expired tanpa kita sedar pun pasti ada. Atau mungkin barang-barang yang masih elok tapi sebenarnya tidak lagi kita perlukan atau mungkin belum pernah guna. Membeli dek kerana kehendak bukan keperluan. Biasanya barang-barang yang masih elok begini, berikan sahaja kepada sesiapa yang lebih memerlukan.

Bila mula mengemas, barulah perasan berapa banyak barang yang kita simpan. Kadang-kadang ada barang-barang yang terbeli dua kali bahana tidak menyimpannya di tempat yang sepatutnya. Bila masa nak guna, tak jumpa. Paling mudah, beli yang lain, Bila rutin harian terlalu sibuk, begitulah jadinya. Mana yang sempat sahaja. Bila badan letih, panggilan katil lebih mendesak berbanding rasa nak mengemas.

Bulan Disember selalu dipilih untuk mengemas berhabis-habisan atau dengan kata lainnya spring cleaning dengan harapan sebagai persediaan tahun baru yang lebih teratur dan kemas. Pendek kata azam untuk masuk tahun baru.

Rupanya secara tidak langsung, aktiviti spring cleaning ini boleh menghilangkan stress. Menurut satu kajian kesihatan yang dilakukan di Scotland, aktiviti spring cleaning boleh menurunkan stress dan keresahan individu sebanyak 20%. Ini adalah kerana barang-barang yang terlalu banyak atau tidak tersusun boleh menyebabkan kita tertekan. Tambahan lagi, aktiviti ini boleh mengurangkan berlaku alahan atau serangan asthma bagi individu yang alah dengan habuk atau bulu binatang peliharaan. Maklumlah, bila kita buat spring cleaning ni segala habuk di segala sudut kita cuba bersihkan. Tapi jangan lupa gunakan mask untuk elakkan masalah lain pulak. Bersin tak berhenti alamatnya nanti. 

Siapa yang tidak rasa lega dan happy bila rumah dan persekitaran bersih dan teratur? Tentu sekali mood baik dan menjadikan kita lebih produktif. Dan secara tidak langsung, aktiviti spring cleaning ini menjadikan kita aktif bergerak dan membakar kalori

Patutlah Marie Kondo tu maintain comel je kan. Jom mulakan. 



Comments

  1. Part asingkan baju-baju lama tu memang kena buat.. Cuma tu lah.. nak mula tu.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Betul tu Sha.. Nak mulakan tu....punyalah bercinta hik hik:p

      Delete
  2. betul juga bila rumah dan kemas ni kita lebih bersemangat dan feel dia lain bila tinggal di rumah.

    jadi patut dijadikan sebagai amalan yang sihat spring cleaning ni rumah pun lebih kemas dan teratur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. Tapi nak buat tu kadang2 liat juga kan... Especially kalau dah banyak sepahnya...hehe

      Delete

Post a Comment