DIAM
Pada suatu hari, seorang pensyarah masuk ke kelas seperti biasa dan memberi tugasan kepada pelajar-pelajarnya. "Pilih satu hari di mana kamu hanya diam selama 24 jam. Mungkin ada ketika yang mendesak di mana kamu perlu bercakap, tetapi selepas itu, teruskan berdiam. Kita jumpa minggu depan untuk berkongsi pengalaman masing2."
Ketika berkongsi pengalaman masing2 tentang tugasan yang diberikan, pensyarah meminta pelajar2nya berfikir semula tentang pilihan perkataan yang digunakan ketika mereka perlu bercakap semasa hari yang dipilih untuk tugasan diam tersebut. Para pelajar juga diminta mengingati semula sikap dan perasaan semasa bercakap atau berkomunikasi tersebut.
Akhir tugasan, beberapa rumusan telah dibuat tentang sebab mengapa kita bercakap atau berkomunikasi:
1. Bercakap dengan tujuan untuk mengawal; mengawal apa yang difikirkan oleh pihak lain atau mengawal tindakan supaya selari dengan keinginan kita.
2. Didorong oleh perasaan. Mungkin didorong rasa kasih sayang, marah, pentingkan diri sendiri atau mungkin semata-mata mengharap pujian atau penghargaan.
3. Bercakap untuk menutup kelemahan atau kesilapan. Atau semata-mata untuk menerangkan tentang kita kepada pihak lain.
"Tidak kira apa yang kita katakan, kita sebenarnya sedang bercakap tentang diri sendiri", ujar pensyarah tersebut. Enggan bercakap menyebabkan kita rasa sunyi dan tidak selesa. Namun tugasan itu boleh menyebabkan kita berfikir semula tentang tujuan kita berkomunikasi. Belajar bercakap perkara yang memberi makna dan nilai kepada orang lain dan bukannya sekadar bercakap kosong.
Dunia hari ini bukan setakat bising. Malah sibuk. Sibuk dengan pelbagai update malah perbualan di media sosial. Pelbagai iklan dan info; tempat2 menarik untuk kita pergi, barang2 yang boleh kita beli mahupun cerita-cerita menarik ataupun jelik.
Diam selalu dikaitkan dengan kosong, bosan, menakutkan malahan tidak produktif. Namun, sesekali cuba diam dan mulakan refleksi diri. Buang sebentar segala ekspektasi dan pengaruh luaran. Dengar kata hati. Refleks masa silam dan semak semula perancangan masa depan. Rehat sebentar, pecahkan kitaran kesibukan. Segarkan semula rasa kasih sayang dan kebaikan dalam diri.
Banyak perkara yang boleh kita buat semasa diam.
Enjoy secawan kopi.
Membaca atau menulis.
Morning run atau walk
Menikmati keindahan alam.
Yoga atau exercise.
Bagi orang Islam, kita beruntung kerana ada solat. Solat yang khusyuk.
Tanpa kita sedar, diam boleh menjadi terapi. Diam boleh memberi ilham.
"Silence is a source of great strength." - Lao Tzu
Diam itu lebih baik daripada keluarkan perkataan yang merepek mahupun yang menyakitkan hati. Tapi kalau diam lama sangat dia akan jadi terpendam. Tak boleh diam sehari 24 jam tu. stress juga dibuatnya. diam pada masa yang memerlukan untuk diam :)
ReplyDeleteBetul tu, kalau lama2 boleh kemurungan dibuatnya
Delete