nota iklan

Thursday, 10 March 2011

Usah Selekeh, Jangan Berlebih-lebih

aku baca majalah Jelita bulan ni, tetiba ada satu tajuk under Sembang Kak Ani; tajuknya Usah Selekeh, Jangan Berlebih-lebih. Ishhh terasa pulak aku...macam aku je ni, aku rasa mmg aku tak berlebih2, aku rasa lah...tapiii...aku rasa aku selekeh lahhh...bak kata Lisa Surihani

ishhh tapi tak jugaklah...aku cuma tak pandai bergaya jek huhuhu....i'm just a simple and plain person...mmmm

ni aku summary kan sikit2 apa yg Kak Ani (rohani@beritapub.com.my) tu tulis; antara amalan2 utk nampak anggun walaupun dah berumur yg dikongsikan:
  • bangun awal subuh, kalau lepas matahari terbit, badan letih (esp anak2 dara)
  • sebelum gosok gigi, minum 2 gelas air + selawat +doa mohon kekuatan dan kesihatan
  • curah air pada kaki dulu masa mandi supaya badan tak terkejut
  • mandi sebelum maghrib
  • jangan makan lepas jam 8 malam
  • bersihkan muka dan pakai cream sebelum tidur (kalau dulu pakai bedak rambai)
  • tidur paling lewat pukul 11 malam
  • bersenam sikit lepas subuh
  • pantang air batu, air gas, pisang embun, terung dan air kelapa
  • banyak makan ulam, sayur, ikan
  • banyakkan berjalan dan buat kerja rumah
anak kunci kecantikan asli wanita = kebersihan diri + solekan nipis + tidak berlebih2 + bersederhana termasuk perhiasan dan cara berpakaian + solat 5 waktu + bersih hati dan tiada hasad dengki

begitulah adanya.......

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...