Apakah yang paling diingati?

Masih ingat kenangan zaman kanak2?
Pastinya ada kenangan manis, pahit, sedih....yang kelakar pun mesti ada.
Pastinya banyak kenangan kan, bila dingat2 semula...mungkin bercampur-baur perasaan agaknya.

Antara kenangan2 tu, apa yang kita paling ingat?
Peristiwa? Barang2 atau hadiah2 yang kita dapat?
Apa yang perasaannya akan kita bawa sehingga kini setelah meningkat dewasa dan mungkin juga apabila telah menginjak ke usia senja?

Saya masih ingat ketika pertama kali mendapat sebuah beg galas berwarna kuning. Saiznya sederhana, bentuknya seakan2 segi empat dan agak keras. Beg itu sebenarnya mak dapat percuma daripada pembelian barang lain. Tapi saya tak ingat apakah barang yang mak beli masa tu. Saya sangat sayangkan beg pertama saya itu. Itulah beg paling cantik pada saya. Saya memakainya sehingga darjah 6 tanpa jemu kerana saya tahu bukan mudah untuk mendapatkan beg lain memandangkan keluarga kami bukanlah orang senang. Saya jaga betul2 beg saya supaya tidak rosak. Walaupun apabila saya sudah berada di darjah 5 dan 6, beg itu mungkin sudah boleh dianggap tidak berapa sesuai kerana saiznya yang agak kecil, tapi saya tak peduli. Saya tak malu. Malah saya bangga kerana walaupun dengan beg kecil itu, saya mampu membuat mak bangga melihat saya naik pentas setiap tahun mengambil hadiah. Syukur Alhamdulillah.

Kerana itu saya cuba menerapkan perkara yang sama kepada anak2 bahawa barang2 bukanlah segala-galanya dalam hidup ini. Tapi sebagai ibu bapa, saya tewas juga apabila terbit rasa kasihan kepada anak2. Terutama sekali suami saya. Oh, kami sering tidak sependapat bab itu. Bagi saya, biar susah mereka nak dapatkan apa yang mereka inginkan kerana mereka akan belajar untuk menghargainya sungguh2.

Apakah agaknya hadiah2 yang kita boleh berikan pada anak2 kita supaya mereka tak akan pernah lupa? Supaya hadiah itu akan sentiasa bersama mereka ke mana2 pun mereka pergi? Supaya mereka sentiasa mengingati kita sebagai ibu dan bapa walaupun setelah kita tidak ada lagi di dunia ini.
Hadiah2 yang boleh membantu mereka menghadapi dunia penuh pancaroba ini dengan lebih sabar dan tabah.

Apakah mungkin hadiah berupa harta benda atau pengalaman mahupun perasaan yang paling diingati? 

Comments

Post a Comment

Popular Posts