MINDA
Tidak ada dua objek fizikal yang boleh
menduduki ruang yang sama pada masa yang sama.
Ini adalah konsep fizik asas.
Misalnya, kita
perlu memilih salah satu sahaja perabut untuk mengisi ruang yang diberikan di
sudut ruang tamu. Kita perlu memilih antara segenggam beri biru atau segenggam
kacang untuk mengisi ruang sebiji mangkuk. Kita perlu memilih salah satu sahaja daripada set-set pakaian yang kita ada untuk dipakai setiap hari.
Mungkin kita boleh mengucapkan
terima kasih kepada undang-undang fizik ini kerana ia telah memaksa begitu
ramai di antara kita untuk memilih jalan kehidupan yang lebih mudah, lebih
banyak ruang dan lebih keterbukaan untuk bernafas dan hidup.
Bagaimanapun, kadang-kala kita
memilih kekusutan atau jerebu yang mengisi fikiran kita.
Apa yang akan kita lakukan jika
kita tahu dengan pasti bahawa pemikiran yang positif dan pemikiran yang negatif
tidak boleh menduduki ruang yang sama di dalam minda kita pada masa yang sama?
Bahawa mereka tidak boleh wujud sekali bersama-sama?
Mungkin kita perlu mula memilih fikiran
kita seperti kita memilih pakaian kita untuk hari tersebut. Mungkin.
Mungkin juga yer...
ReplyDeletehehe...kan Farah :)
Delete