nota iklan

Saturday, 3 September 2016

Dan burung-burung pun berkicau....


Sedang saya duduk menunggu di sini, seperti biasa kepala asyik memikirkan tentang kerja2 yang belum selesai... sekejap lagi kelas ni habis, balik nanti nak makan apa untuk malam... slides untuk audit hari isnin nanti perlu disemak,  tugasan2 yang perlu diselesaikan untuk minggu depan,  minggu yang agak mencabar dengan audit dan bengkel berjalan serentak. 

Dan tiba2 juga saya terdiam. Lantas tersentak sendiri. Berhenti berfikir tentang kerja2 yang tak mungkin akan habis. Tanggungjawab2 yang pastinya perlu dipenuhi sehingga detik akhir nafas ini terhenti. 

Berdialog dengan diri sendiri. Apa salahnya jika sedikit masa yang ada saya cuba hayati lukisan alam di hadapan saya ini.  Cuba alihkan fokus pada pohon2 menghijau...pada hujan yang baru saja turun tiba2 dengan agak lebat. Cuba dengarkan lagu2 hujan.. Cuba lihat daun2 yang bergerak...pastinya sedang memuji Pencipta. 

Cuba hayati hidup ini bukan pada materialnya semata2. Alihkan fokus pada alam. Pada kehidupan. Fokus pada ketenangan dan irama alam. Mungkin esok2 kita tak akan dapat menikmatinya lagi. Mungkin esok kita sudah dipanggil pulang. Sementara ada masa, hayati dan hargai. 

Tiba-tiba saya mampu mendengar burung-burung berkicau... Alangkah indahnya! 

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...