Mengatasi depresi dengan menulis
Menurut Laurie Nadel, seorang pakar psikoterapi yang dulunya adalah
seorang wartawan politik, dia mengurangkan kebimbangan mencari
dirinya sendiri di dalam persekitaran
yang tidak menentu dengan menulis; bukan sahaja untuk penerbitan, tetapi juga untuk
dirinya. "Saya fikir jika saya boleh terus menulis, saya masih selamat”. Kemudian,
melalui fasa di mana beliau didiagnos dengan penyakit, penceraian, dan beberapa
siri peristiwa yang membuat kehidupan beliau kelihatan tidak tentu arah, Nadel
sekali lagi menulis pemikiran dan kebimbangan beliau. Lima tahun selepas
kejadian buruk ini berakhir, beliau membaca semula jurnalnya yang pernah
ditulis sebelum ini. "Apabila membacanya semula, saya sedar bahawa saya
telah melalui beberapa fasa kebimbangan" kata Nadel. "Jurnal ini
menunjukkan kepada saya di mana saya telah bermula dan berapa banyak yang saya
telah capai."
Rentetan daripada itu, Nadel, seorang penulis buku bertajuk Zen and the art of Windsurfing, kerap memberi
cadangan kepada orang-orang di sekelilingnya supaya menyimpan jurnal diri
mereka sendiri. Bagi orang-orang yang tertekan, sedang dalam krisis, atau
merasa "terperangkap”, menulis journal adalah satu cara untuk mendapatkan
maklumat tentang fikiran dan perasaan mereka.
Menulis jurnal membolehkan anda untuk berdialog dengan
bahagian jiwa anda yang seolah-seolah beku pada masa tersebut (frozen in time). Ianya membolehkan anda memasuki
fasa lebih mendalam tentang kreativiti dan penyelesaian masalah. Dengan mempunyai
jurnal, anda boleh mendapatkan imbasan tentang pengetahuan dan kesedaran yang
tidak pernah diketahui sebelum ini.
Menurut Kathleen Adams, pengasas dan pengarah The Center for Journal Therapy di
Lakewood, Colorado, USA, melalui jurnal kita bukan sekadar merakam
peristiwa-peristiwa harian dan kejadian, tetapi kita juga memberi tumpuan
kepada reaksi dan persepsi kita ke atas peristiwa tersebut.
"Menulis jurnal sebenarnya memaksa seseorang untuk
melakukan sesuatu," ujar Michael Rank, seorang profesor dan pengarah
bersama Institut Traumatologi Antarabangsa di University of South Florida. Jessie
Gruman, Pengarah Eksekutif Pusat Kemajuan Kesihatan di Washington turut
bersetuju. "Mempunyai jurnal adalah salah satu cara yang baik untuk
menghadapi kemurungan. Ianya adalah langkah bukan agresif yang kita boleh
lakukan sendiri, dan ianya memberi peluang untuk melihat perasaan anda dalam
bentuk hitam dan putih dan kemudian membuat rancangan untuk melakukan sesuatu
tentangnya."
Walaupun menulis jurnal adalah satu perkara yang kelihatan
mudah, realitinya ianya bukanlah sesuatu yang dipersetujui oleh kebanyakan
orang. Ujar Rank, "Bagi kebanyakan orang, menulis adalah seperti kerja keras, terutamanya
semasa mereka tertekan. Ianya adalah sesuatu yang menyakitkan untuk menulis
tentang perasaan yang tidak baik."
Rank mendapati bahawa menulis jurnal adalah salah satu bentuk
usaha bantu diri yang paling berkesan dan paling murah. "Jika anda
melakukannya dengan bersungguh-sungguh, dan mampu mengatasi rintangan, anda
akan menjadi individu yang lebih baik," katanya. Jika anda benar-benar
tidak suka menulis, Rank mencadangkan agar kita merakamkan percakapan tentang
pemikiran kita pada waktu tersebut.
Journaling sebenarnya menyediakan cara untuk menukarkan pemikiran yang subjektif kepada fakta yang objektif
di atas kertas supaya boleh dianalisis, ditukar, mahupun dimusnahkan. Menurut
Rank, "Apabila pemikiran anda dizahirkan,
ianya bukan lagi misteri”.
Menyimpan jurnal juga memaksa diri kita untuk menjadi jujur. Pada
satu ketika, sekiranya kita cuba berkongsi jurnal kita dengan seseorang,
contohnya ahli terapi, rakan, atau ahli keluarga yang dipercayai, ketika itulah
proses penyembuhan sebenar bermula. Dengan berkongsi pemikiran, kita menerima kenyataan
bahawa tiada seorang pun daripada kita yang boleh melakukan sesuatu berseorangan.
Terutamanya untuk menghadapi kemurungan dan trauma, kita perlukan sokongan
orang lain.
Menurut James Pennebaker, profesor psikologi di University of
Texas di Austin, menulis tentang pengalaman peribadi yang penting bukan sahaja
baik untuk kesihatan mental, tetapi juga kesihatan fizikal. Pennebaker,
pengarang buku Opening Up : The Healing
Power of Expressing Emotions, telah dinobatkan sebagai "guru" confession research. Terdapat banyak kajiannya yang menunjukkan bahawa
menulis tentang pengalaman peribadi selama lebih kurang 20 minit pada satu-satu
masa, sebanyak tiga atau empat hari, boleh menurunkan tekanan darah dengan
ketara dan menyumbang kepada sistem imun yang lebih sihat.
Catherine Carlo, seorang pekerja sosial onkologi di Hospital
Exeter UK, mengatakan bahawa journaling
memberikan pesakit beliau peluang untuk memupuk (nurture)
diri mereka sendiri. Walaupun mereka menulis di dalam kumpulan, mereka tidak
perlu berkongsi penulisan mereka. Carlo berkata. "Sokongan dan galakan
memberikan mereka keberanian untuk menulis tentang perasaan mereka."
Anda tidak memerlukan seorang pakar terapi atau kumpulan sokongan
untuk menulis jurnal. Menurut Gruman, kita boleh melakukannya sendiri dengan
menggunakan salah satu atau kedua-dua strategi ini:
Yang pertama, duduk di kerusi yang selesa, tarik
nafas dalam-dalam, dan mula menulis. Pastikan anda menulis selama 20 minit
tanpa henti. Lihat apa yang mampu diluahkan melalui penulisan. Tip yang kedua ialah dengan memberi
tumpuan kepada masalah atau kebimbangan yang sering datang berulang kali ke
fikiran anda. Tuliskan secara terperinci, apakah sebenarnya masalah yang
membuat anda bimbang atau marah tersebut. Ramalkan tiga senario yang berbeza
untuk apa yang mungkin berlaku seterusnya. Pilih satu senario terbaik dan
mengapa? Apakah peranan anda agar setiap senario yang kita fikirkan itu
berlalu? Cuba fikirkan dan bayangkan.
Sentiasa ingat bahawa bagaimana anda menulis adalah tidak
penting. Anda tidak akan diberi markah. Ianya tidak perlu menjadi sempurna. Untuk
membuat proses menulis menjadi lebih menarik, anda boleh membeli jurnal yang anda
suka, mungkin bergambar, atau dengan muka surat pelbagai warna serta
menggunakan pen atau pensel warna yang menarik.
Mulakan langkah pertama. Tidak perlu tunggu sempurna untuk
bermula. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat menulis!
(Rujukan : laman web
WebMD di www.webmd.com)
Dulu suka menulis sekarang banyak kekangan huwaaaaaa
ReplyDeleteSaya pun selalu jugak byk kekangan... Jom kita terus mencuba... Terima kasih Farah sudi singgah
DeleteTima kasih linda kongsi tips ini..
ReplyDeleteTerima kasih juga ana sbb sudi baca ya :)
DeleteMenulis di blog je.. hehehe..
ReplyDeleteMasa zaman sekolah, ada gak buat novel tapi tak ingat letak kat mana..
Ye ke dear... Cuba cari balik.. Pastu htr kt penerbit. Bagus tu berbakat
DeleteSaya suka menulis. Merapu yang sebenarnya. Tapi tak tahulah, bila mula menulis, macam-macam idea (merapu) muncul dan dalam masa yang sama, kepala hilang serabutnya walaupun yang saya tuliskan tu penuh berserabut ^_^
ReplyDeleteMD mmg byk idea menulis MD... Bagus betul :D
DeleteMemang satu kepuasan bila dapat menulis....tp menulis yg santai santai le. Kalau menulis fakta ke rencana mau stress jugak tu
ReplyDeleteKannn Hainom.... Klu menulis buku teks ke mesti makin stress hihi
Delete