Contoh Islam tanpa Muslim

Saya amat tertarik membaca berita pagi ini tentang sifat amanah orang2 Jepun.

Petikan daripada Harian Metro:

Warga Jepun amanah

LONDON: Penduduk Jepun memulangkan kepada pihak berkuasa kira-kira RM246 juta wang milik mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu awal tahun ini. Kejujuran itu didedahkan ketika mahkamah Britain berdepan dengan longgokan kes jenayah ekoran rusuhan melanda beberapa bandar raya negara itu minggu lalu.

Dalam tempoh lima bulan sejak bencana melanda Jepun, orang ramai mengembalikan ribuan dompet dan beg tangan yang ditemui di bawah runtuhan bangunan serta kediaman. Dianggarkan nilai wang yang ditemui daripada dompet dan beg tangan itu bernilai hampir RM148 juta.

Lebih 5,700 peti besi yang dihanyutkan ombak ke pantai juga diangkut dan diserahkan kepada polis oleh sukarelawan dan anggota penyelamat. Hasil pemeriksaan mendapati, ada kira-kira RM98.6 juta ditemui. Satu daripada peti keselamatan itu turut menyimpan wang bernilai hampir RM3 juta.

Selain wang tunai, peti keselamatan itu turut berisi ketulan emas, barang antik serta pelbagai barang berharga. Menurut polis Jepun, hampir semua wang yang ditemui di kawasan paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu dikembalikan kepada pemiliknya.

Menurut pegawai poils Miyagi, Koetsu Saiki, usaha mengesan pemilik harta itu lebih mudah kerana kebanyakan penduduk di situ menyimpan buku bank atau geran tanah yang menyatakan nama dan alamat mereka.

“Pada satu ketika, polis menerima terlalu banyak peti keselamatan sehinggakan kami sukar mencari tempat untuk menyimpannya,” katanya.

Hingga kini pun, kata Saiki, masih ada ramai yang tampil memulangkan barangan bernilai kepada polis setiap minggu. Amalan menyimpan wang yang banyak di rumah atau pejabat bukan asing kepada masyarakat Jepun, terutama di kawasan pesisir pantai. Di situ, kebanyakan syarikat perikanan lebih suka berurus niaga menggunakan wang tunai.

Saya rasa terharu dan tersentuh dengan sifat amanah mereka iaitu salah satu sifat yang amat ditekankan dalam Islam....yang mana kebanyakan daripada mereka bukanlah Muslim...
Bayangkan keadaan yang sama berlaku di negara kita...sebuah negara Islam yang majoritinya Muslim..mungkinkah akan berlaku perkara yang sama?
Mungkin dalam beberapa saat saja kita sudah boleh mengagak jawapannya..
Berita tentang kecurian di tempat kemalangan jalan raya sudah biasa kedengaran di Malaysia....ada pulak kes orang yg cedera dibiarkan tanpa pertolongan tapi semua barang2 dicuri...
Di manalah agaknya hilang harga diri kita...
Ramai org yg terdesak untuk hidup sekarang....itulah jawapan yg biasa kita dengar...
Tapi bagaimana dengan orang2 Jepun yg dilanda Tsunami? tidak terdesakkah mereka? Sebenarnya, semua berbalik kepada sikap....dan bagi Muslim, sepatutnya kita juga patut didorong oleh iman yg mengekang kita melakukan perkara2 yg tidak sepatutnya...insyaAllah..
Berbalik kepada masyarakat Jepun, sudah sering kita dengar tentang sifat2 baik mereka, mereka juga begitu amanah dengan masa, kerja dan tanggungjawab, kebersihan dan alam sekitar, dan mereka juga amanah menjaga kesihatan mereka dengan mengamalkan pemakanan yg sihat....contohilah yg mana baik daripada mereka...
Sesungguhnya Allah yg Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa untuk memberi hidayah kepada sesiapa yg Allah kehendaki...
Ya Allah, tetapkan kami dalam Islam dan Iman dan jadikanlah kami Muslim yg lebih baik...aminn..

Comments