Seronoknya bercuti....

Hari ini saya berkunjung lagi ke MPH, boleh dikatakan itulah kebiasaan saya jika saya bercuti selain hari Sabtu dan Ahad. Masa inilah yang sebaik2nya digunakan untuk window shopping sebab bila ke shopping complex dengan family memang akan membataskan kita untuk melihat brg2 kesukaan sendiri, ditambah pula dengan pelbagai kerenah dan kemahuan anak2 yang perlu dilayan.

Tempat pertama yang akan saya tuju biasanya ialah ke kedai buku; itu memang keutamaan saya, melabur duit di kedai buku dahulu, kemudian baru melihat brg2 keperluan yang lain. Yang saya perasan, setiap kali saya tertarik dengan sesebuah buku jarang saya tidak membelinya, tetapi berlainan pulak dengan barang2 lain seperti beg dan baju.Saya jarang sekali membeli beg atau baju berjenama; untuk membeli beg atau baju dengan harga yang reasonable pada pandangan saya pun agak susah, biasanya saya akan berfikir berkali2 dan selalu juga tak jadi beli langsung....

Dan seperti biasa.....memang saya akan membeli sebuah buku hehe....(minta maaf kerana kualiti gambar yang agak tidak memuaskan kerana hanya menggunakan kamera yang biasa2 saja :-)


Saya memang teruja sekali sebab dapat membeli buku ini! Mendengar ceramah Ustaz Pahrol di IKIM fm tentang Mukmin Profesional memang antara rancangan di radio yang sering saya tunggu2....kata2 Ustaz Pahrol memang halwa telinga yang sangat mendamaikan dan memberi kesan kepada jiwa dan hati nurani saya....dan membaca hasil2 tulisan beliau di blognya Genta Rasa memang sangat mengesankan...

Cuma kebelakangan ini memang saya agak jarang dapat mendengar slot Ustaz Pahrol di IKIM fm kerana kalau dulunya saya bertolak pulang ke rumah dari pejabat dalam pukul 5 petang, slot beliau memang sedang berkumandang setiap hari Isnin dari jam 5 ptg hingga 6 ptg. Dan biasanya saya sampai ke rumah pun dalam pukul 6 ptg, jadi memang saya sempat mendengar keseluruhan ceramah Mukmin Profesional. Sekarang ini, jika saya pulang ke rumah jam 4.30 ptg, biasanya saya akan sampai ke rumah sebelum pukul 5 ptg...kemudian sebuk pula mengambil anak2 dan biasanya tidak dapat mendengar slot tersebut..

Begitulah rutin kehidupan, biasanya bila dapat sesuatu yang lain, kita akan kehilangan sesuatu yang lain dan begitulah sebaliknya...kerana hidup ini memang jauh dari kesempurnaan....

Mengungkap sedikit kata2 Ustaz Pahrol dalam buku Mukmin Profesional ini
"setelah dibeli, jangan dibiarkan buku ini tersepuk di rak buku tanpa dibaca dan dipraktikkan (sesetengan orang hanya berminat untuk membeli buku, bukan untuk dibaca, apalagi mengamalkannya)."

Aduhai...saya kira kadang-kala saya termasuk dalam kalangan orang yg hanya gemar membeli buku tetapi bukan tidak gemar membaca, cuma tidak sempat membaca! Saya selalu berfikir, adakah alasan tidak sempat perlu diberikan untuk pelbagai perkara dalam kehidupan ini? Jika begitu, mungkin sampai bila2 pun kita tak akan sempat kan?

Mengambil kata orang2 yang berjaya, "sekiranya kita tidak cukup masa, maka kita perlu  mencipta masa...."

Ya begitulah adanya.....sekarang saya punyai tanggungjawab untuk membaca buku2 yang telah saya beli untuk memahami ilmu2 yang terkandung di dalamnya dan mengamalkannya....insyaAllah....; terutama sekali membaca Al-Quran iaitu bekalan kita di dunia dan pelita kita di akhirat....insyaAllah....aminnnn...



Comments