Masalah bertimpa-timpa :-(
Sejak dua menjak ni Ya Allah, hanya Dia saja yang Maha Mengetahui saya rasa macam tak boleh nak fokus, dan entah bermacam2 rasa lagi lah yang tak pandai saya nak explain...
Buat kerja pun macam tak efisien, bila balik petang tu rasa masih banyak lagi kerja2 yang belum siap...Aduhai kenapa dengan saya?
Mungkin sebab bulan ni sibuk sikit dengan mesyuarat, kursus...etc etc
Badan pulak tak berapa nak sihat, hidung yang tersumbat dan kepala yang berat ini benar2 mengganggu produktiviti saya....ewahhhh ye lah tu sangat
Saya rasa ada baaanyaakkk perkara yang perlu dilakukan....tapi saya sendiri pun tak pasti apa yang membatasi saya..
Nak menulis hutang artikel dan laporan yang masih tertunggak pun seperti tiada idea :-(
Seperti menghadapi writer's block!
- credit to google -
Nak tulis blog pun macam takde idea, inikan pulak nak siapkan report laporan audit! mmmm....macam mana ni?
Bukan itu sahaja, secara keseluruhannya, saya seperti menghadapi productivity block!
-credit to http://www.2-0.biz -
So memang kadang2 saya jadi macam ni
segelas kopi juga sudah tidak mampu menaikkan semangat saya :-(
Ditambah dengan kerisauan dan keletihan kerana kerja2 yang seperti tidak berkesudahan; di pejabat mahupun di rumah
Alangkah seronoknya kalau saya boleh RILEKS!
SAYA NAK RILEKS!......saya letih!
Letih berfikir, letih kemas rumah, letih masak, basuh baju, letih uruskan itu uruskan ini....saya letih!
Seperti mahu menjerit rasanya....please, give me a break !
Tapi apakan daya....hidup mesti dihadapi seadanya
Dalam hidup, tiada yang sempurna, yang sentiasa bahagia dan gembira.....
Mungkin saya perlu belajar untuk menghadapi hidup seadanya...
Yang penting, kita belajar menghargai diri sendiri...
- pictures credit to google -
ok .... pressure ea... huhu
ReplyDeleteBEstnye kalau dapat holiday kan? Kat rumah pun tak pe... Kalau tak kemana-mana.Tp makesure anak2 tak ada kat rumah, dan segala2nya dah setel la... hmm bila la nak ada saat macam tu kan kan kan? hihihi~
Betul tu Cik Muda...bukan setakat dapat holiday, dapat tidur lena tanpa gangguan pun dah kira seronok sangat :-) Lebih2 lagi bila bangun, rumah dah siap kemas, makanan dah terhidang...kan best kan! Tapi berangan je lahh....hehe
ReplyDelete